
Hujan lebat yang turun tanpa henti pastinya mengundang kerisauan, terutama apabila kawasan sekitar mula dinaiki air.
Situasi sama turut berlaku di Zoo Negara apabila hujan lebat melanda ibu negara kelmarin hingga menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.
Keadaan itu sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan haiwan yang berada di dalam kawasan zoo tersebut.
Dalam satu hantaran di Tiktok, Timbalan Presiden Zoo Negara, Datuk Rosly Lana, telah memuat naik keadaan Zoo Negara semasa hujan lebat itu.
Zoo Negara Dilanda Banjir Lagi
Menerusi hantaran tersebut, kelihatan air keruh mengalir agak deras hingga memenuhi laluan serta kawasan sekitar kandang haiwan.
Malah, paras air di kandang badak air turut meningkat, dengan haiwan berkenaan masih kelihatan sedang berjalan di dalam air.
Menerusi hantaran itu juga, kedengaran individu dipercayai kakitangan Zoo Negara berada dekat dengan badak air tersebut dan memanggilnya ke tempat yang lebih selamat.
Bagaimanapun, Rosly memaklumkan ketika banjir itu, kakitangannya sentiasa melakukan pemantauan keadaan Zoo Negara dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, beberapa individu dipercayai kakitangan Zoo Negara juga dilihat meredah banjir tersebut untuk memeriksa keadaan zoo dan haiwan.
Pelakon Suara ‘One Piece’ Dan ‘Dragon Ball Z’, Mike McFarland Meninggal Dunia Pada Usia 56 Tahun
Ratusan Rakyat Thailand Turun Ke Jalan, Protes Kehadiran Warga Israel
Setelah hujan lebat dera, kakitangan zoo bersama Bomba Sukarela Gombak bersama-sama membantu membersihkan Zoo Negara.
"Terima kasih kepada Bomba Sukarela Gombak serta kakitangan Zoo Negara yang segera memberikan bantuan dalam kerja-kerja pembersihan," katanya.
Beliau juga tidak lupa untuk mengingatkan orang ramai di sekitar Taman Melawati untuk sentiasa berhati-hati menghadapi keadaan cemas seperti itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang meluahkan kerisauan mereka terhadap haiwan di zoo tersebut.



Disamping itu, ada juga yang mencadangkan supaya Zoo Negara dipindahkan ke lokasi lain yang lebih selamat.




Apapun, diharap semua haiwan-haiwan di Zoo Negara berada dalam keadaan baik-baik dan selamat.

![[VIDEO] ‘Banjir kilat di Cameron Highlands, lebih baik tangguh dulu naik’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/cameron-highlands-banjir-1024x766.jpeg)

![[VIDEO] Zoo Negara dilanda banjir, badak air ‘berenang’ dalam kandang](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-11-at-11.06.13-AM-1024x766.jpeg)

![[VIDEO] KL banjir, sesak 3km Zoo Negara ke KL East Mall](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-09-at-16.52.39-1024x642.jpeg)
