1,339 kutu sampah dikompaun dalam tempoh 10 bulan di Kota Kinabalu

6 Nov 2026 • 5:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

1,339 kutu sampah dikompaun dalam tempoh 10 bulan di Kota Kinabalu

SERAMAI 1,339 individu dikenakan tindakan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) atas kesalahan membuang sampah merata-rata dalam tempoh 10 bulan lalu dengan jumlah kutipan kompaun sebanyak RM26,960.

Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Pembersihan Bandaraya (JPPB) agensi itu berkata seramai 1,280 individu menjelaskan kompaun masing-masing serta-merta manakala baki 59 individu memilih untuk berbuat demikian sebelum tamat tempoh kelonggaran pembayaran kompaun.

JUMLAH tertinggi individu yang didapati membuang sampah sembarangan setakat tahun ini adalah di sekitar deretan kedai Sinsuran.“Kesemua individu dalam kumpulan pertama membayar sejumlah RM25,600 manakala kompaun berjumlah RM1,360 dikenakan terhadap kumpulan kedua,” katanya.

Beliau berkata seramai 1,304 orang didapati melakukan kesalahan itu antara Januari hingga Oktober dikenakan tindakan kerana membuang puntung rokok atau sampah dalam kuantiti kecil di kawasan persekitaran mereka.

“Individu terbabit dikenakan kompaun RM20 manakala pesalah yang didapati membuang sampah dalam kuantiti lebih besar dikenakan kompaun RM100.”Menurutnya, sehingga akhir Oktober, seramai 24 pesalah dikenakan kompaun bagi kesalahan berkenaan.

“Seramai 11 individu lagi diberi teguran kerana menimbun atau meletakkan barang-barang yang tidak diperlukan di kawasan umum berhampiran premis masing-masing.”Jurucakap itu berkata tindakan berkenaan dilaksanakan menerusi operasi ‘Ops Bersih’ DBKK yang dijalankan di pusat komersial dan kawasan bandar dalam kawasan pentadbirannya.

Katanya, kompaun sehingga RM5,000 boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar Undang-Undang Kecil Anti Sampah Sarap DBKK 1984 (Pindaan 2025).

Katanya, individu yang berulang kali mengingkari arahan DBKK supaya tidak membuang sampah sewenang-wenangnya di kawasan umum boleh berdepan tindakan undang-undang.

“Mereka boleh dikenakan denda sehingga RM100,000, hukuman penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah di mahkamah.”Katanya lagi, operasi itu bukan sekadar bertujuan memastikan orang ramai mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan memastikan kawasan umum di bawah bidang kuasa kami sentiasa bersih, teratur dan berada dalam keadaan baik.”Katanya, tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan awam bukan terletak pada DBKK semata-mata.

“Ia merupakan tanggungjawab bersama. Semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan kebersihan kawasan umum di sekitar ibu negeri sentiasa terpelihara.”Sehubungan itu, jurucakap itu berkata DBKK akan meningkatkan usaha pemantauan, pendidikan dan penguatkuasaan bagi menggalakkan masyarakat setempat mengamalkan tabiat menjaga kebersihan.

Sejak Januari lalu, katanya, tiga pasukan JPPB menjalankan sebanyak 564 pemeriksaan di dalam kawasan pusat perniagaan utama (CBD) selain kawasan luar CBD yang meliputi Tanjung Aru hingga Luyang.

SEORANG kakitangan UCD mengeluarkan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Anti Sampah Sarap kepada seorang individu.Katanya, setiap pasukan terdiri daripada lima pegawai berpakaian biasa.

“Dalam tempoh 10 bulan lalu, jumlah teramai didapati melakukan kesalahan itu adalah di sekitar deretan kedai Sinsuran iaitu seramai 168 individu.

“Ini diikuti deretan kedai Kampung Air (152), Jeti DBKK berhampiran Jalan Tun Fuad Stephens (99), deretan kedai Bandaran Berjaya (62) dan Pusat Membeli-belah Centrepoint (61).

“Bagi kawasan tepi laut pula, jumlah pesalah tertinggi ditahan di sekitar Jeti DBKK iaitu seramai 92 individu, diikuti kawasan bersebelahan patung Marlin (63) dan Anjung Senja (60).”Menurutnya, sebanyak 80 pemeriksaan dijalankan di 140 lokasi dalam kawasan CBD manakala 75 pemeriksaan dilakukan di kawasan luar CBD sepanjang Oktober lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved