
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah jangkitan seksual yang telah wujud sejak dahulu lagi dan memberi kesan kepada jutaan manusia di seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Virus ini menjangkiti tubuh manusia dan boleh menyebabkan AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome).
Tak perlu diterangkan panjang lebar, pasti ramai yang tahu bahawa HIV boleh menjangkiti seseorang melalui cecair badan seperi darah, air mani, susu ibu dan cecair faraj.
Baca Artikel Berkaitan: 95% Kes HIV Di Malaysia Disebabkan Seks Terlarang
Tular lelaki dakwa ada individu kena HIV kerana vaksin
Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial seorang lelaki mendakwa terdapat individu yang menghidapi HIV akibat suntikan vaksin.
Kenyataan yang dimuat naik oleh lelaki itu di laman Facebook menjadi tular dan mendapat perhatian ramai selepas ia dikongsi oleh seorang pengguna X (@Fuerylla).
Lelaki terbabit turut mendakwa dia mempunyai bukti yang banyak berhubung tuduhan yang dilemparkannya itu.
Siap minta kongsi duit bayar peguam untuk saman KKM
Malah lelaki berkenaan juga meminta orang yang dijangkiti virus itu untuk mengambil tindakan saman terhadap Kementerian Kesihatan (KKM).
“Orang yang kena HIV akibat vaksin, jom kita kumpul ramai-ramai saman KKM seorang RM5 juta. Kita kongsi duit peguam, kita ada banyak bukti,” tulisnya.
Tuduhan melulu yang dilemparkan oleh lelaki tersebut kemudiannya telah meraih perhatian ramai pengguna media sosial.
Jappp… Otak aku jem. Vaksin boleh jadi punca HIV ke??? pic.twitter.com/VDoS2jR9Ur
— Pozeff (@Fuerylla) April 28, 2025
Ramai netizen kecam tuduhan vaksin punca HIV
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga X mengecam lelaki terbabit kerana menyalahi vaksin atas perbuatannya sendiri sebelum ini sehingga menghidapi penyakit itu.
Tidak kurang juga yang menyifatkan lelaki berkenaan sebagai ‘tidak cerdik’ dan kurang ilmu pengetahuan sehingga bertindak mengeluarkan tuduhan sedemikian.
Bagaimanapun, ada juga sesetengah individu yang menyokong tuduhan lelaki itu dengan memberi fakta bahawa HIV boleh menjangkiti seseorang melalui jarum.
Berkemungkinan lelaki terbabit bertindak menyalahi vaksin dan KKM kerana dirinya juga merupakan salah seorang penghidap HIV.








![“Macam Tu Je Kena Scam” – Lelaki Beli Ayam Gunting Tapi Dapat Tepung Lagi Banyak Dari Isi Raih Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)