20 lelaki warga China direman bantu siasatan kes ‘love scam'

24 Aug 2026 • 11:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 20 lelaki warga China direman bantu siasatan kes ‘love scam'
20 lelaki warga China direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung Love Scam.

GEORGE TOWN – Seramai 20 lelaki warga China berusia antara 19 hingga 41 tahun direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kegiatan sindiket penipuan ‘love scam’ yang menyasarkan mangsa dari negara itu.

Perintah reman terhadap semua suspek dikeluarkan Majistret Nurhanisah S H Sahul Hamid di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Kesemua suspek ditahan dalam serbuan di sebuah rumah tiga tingkat di Batu Feringgi kira-kira jam 7.05 malam Ahad.

Sumber berkata, sindiket berkenaan dipercayai menggunakan aplikasi Telegram bagi menjalankan urusan penipuan terhadap mangsa.

“Dalam serbuan itu, polis merampas lebih 100 telefon bimbit pelbagai jenama, tiga komputer riba, beberapa buku nota serta peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut.

“Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Kesemua suspek diwakili peguam Cheah Eng Soon.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti modus operandi sindiket serta jumlah kerugian yang dialami mangsa.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved