Aisyah beri Perlis emas pertama dalam sukan boling

17 Aug 2026 • 1:57 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Aisyah beri Perlis emas pertama dalam sukan boling

PETALING JAYA: Atlet boling Perlis, Nurul Aisyah Mohd Salleh berjaya merangkul pingat emas pertama buat kontinjen dari Utara itu dalam sukan boling dalam acara perseorangan wanita Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, sebentar tadi.

Pada aksi di Sunway Megalanes itu, Aisyah menjatuhkan keseluruhan 1,344 pin untuk memastikan emas menjadi miliknya selepas menampilkan aksi konsisten sepanjang saingan.

Aisyah meninggalkan pencabar terdekat, Adania Mohd Redzwan dari Selangor yang mengumpul 1,306 pin untuk meraih pingat perak.

Rakan senegeri Aisyah, Nur Alya Qaisara pula terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas mengumpul 1,287 pin.

Kemenangan itu menyaksikan Aisyah berjaya menghadirkan pingat emas buat kontinjen Perlis dalam acara berkenaan, sekali gus menambah koleksi kejayaan pasukan negeri itu di temasya berkenaan.

Prestasi cemerlang Aisyah turut membuktikan ketenangannya mengharungi tekanan persaingan apabila berjaya mengekalkan momentum untuk menamatkan saingan dengan jumlah pin tertinggi.-UTUSAN

The post Aisyah beri Perlis emas pertama dalam sukan boling appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved