Sukma 2026: Kejutan Siti Salmah butirkan emas sulung Perlis

17 Aug 2026 • 3:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukma 2026: Kejutan Siti Salmah butirkan emas sulung Perlis

KAJANG – Kejutan daripada ibu, Siti Salmah Sharif yang turut hadir ke venue pertandingan seakan memberikan ‘tenaga tambahan’ buat Nurqalida Umirah Abdullah untuk menghadirkan kilauan emas pertama buat Perlis dalam saingan angkat berat Sukan Malaysia 2026.

Selepas hanya meraih pingat perak dalam acara 55 kilogram (kg), dua tahun lalu, usaha keras Nurqalida akhirnya terbalas apabila cipta kejutan untuk tengungguli saingan 58 kg termasuk mengetepikan cabaran atlet pelapis negara, Alia Adani Johari dari Terengganu.

Pada aksi di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), hari ini, Nurqalida merekodkan jumlah angkatan 164 kg selepas mengangkat 76 kg dalam kategori snatch dan 88 kg bagi clean & jerk.

“Emak buat kejutan, sebelum ini dia beritahu tidak datang tetapi apabila berada di atas pentas (pertandingan), baharu saya perasan emak ada datang,” katanya.

Atlet Sarawak, Irene Tiang Ming Jie berada di tempat pingat perak menerusi jumlah angkatan 130kg (57kg, 73kg), manakala gangsa menjadi milik atlet Pahang, Siti Nur Aliya Maisarah Suid dengan jumlah 123kg (53kg, 70kg).

Nurqalida menjelaskan kehadirannya ibunya memberikan makna besar selepas kehilangan bapanya pada 2021 yang meninggal dunia kerana kanser hati.

“Dulu saya aktif dalam olahraga, tetapi masalah asma menyebabkan saya berhenti dan mula menceburi sukan angkat berat. (Arwah) ayah sentiasa beri sokongan kepada saya, asalkan ia terbaik untuk saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Sukma 2026: Kejutan Siti Salmah butirkan emas sulung Perlis appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved