AmBank raikan hampir 100 pengamal media pada Malam Media 2026

LocalBusiness & Finance
28 Aug 2026 • 12:17 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: AmBank raikan hampir 100 pengamal media pada Malam Media 2026

KUALA LUMPUR: Kumpulan AmBank meraikan hampir 100 editor kanan dan wartawan pada Malam Media Kumpulan AmBank 2026 yang berlangsung di Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara, malam tadi.

Majlis tahunan itu menjadi platform Kumpulan AmBank menghargai sokongan dan kerjasama pengamal media, selain mengukuhkan hubungan jangka panjang antara kumpulan perbankan itu dengan media.

Acara berkenaan dihoskan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Jamie Ling, bersama Ketua Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Shazman Shahid serta Ketua Komunikasi Strategik dan Perhubungan Media, Ridzuan Zulkifli.

Majlis yang berlangsung beberapa hari sebelum sambutan Hari Kebangsaan ke-69 itu turut mengetengahkan tema semangat Malaysia Kita sebagai simbol perpaduan dan hubungan erat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Para tetamu dibawa mengimbau suasana “Old Malaya” menerusi dekorasi, hiburan secara langsung dan persembahan lagu-lagu malar segar yang mengangkat nostalgia serta warisan budaya Malaysia.

Malam Media Kumpulan AmBank merupakan acara tahunan yang dianjurkan bagi merakamkan penghargaan kepada pengamal media atas sokongan berterusan dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat, selain memperkukuh pemahaman mengenai sumbangan kumpulan itu kepada negara.

Majlis berkenaan turut mencerminkan komitmen Kumpulan AmBank untuk membina hubungan yang kukuh dengan media menerusi penglibatan profesional, komunikasi terbuka, perbualan bermakna dan pengalaman bersama berteraskan semangat Menang Bersama. – UTUSAN

 

The post AmBank raikan hampir 100 pengamal media pada Malam Media 2026 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved