Anggota penguat kuasa direman, disyaki terima rasuah RM190,000

LocalPolitics
14 Aug 2026 • 9:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anggota penguat kuasa direman, disyaki terima rasuah RM190,000
Perintah reman terhadap lelaki itu bermula 14 hingga 16 Ogos ini.

IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM190,000 daripada sebuah syarikat pembungkusan minyak masak.

Perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Mohd Shazmeer Zamhari di Mahkamah Majistret Ipoh bermula 14 hingga 16 Ogos ini.

Terdahulu, suspek ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Taiping kira-kira jam 5 petang pada Khamis.

Suspek dipercayai menerima suapan tersebut sebagai balasan membantu proses permohonan kuota subsidi minyak masak daripada sebuah kementerian.

Menurut sumber, ia juga sebagai dorongan agar suspek tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, perbuatan itu dilakukan antara tahun 2022 hingga 2026.

"Suspek percayai telah menerima 19 keping cek yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi miliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved