PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Adeola

22 Sep 2026 • 9:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Adeola

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada atlet karate negara, Adeola Fay Robert yang menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar berkata kejayaan Adeola di pentas Sukan Asia diharap dapat membakar semangat seluruh kontinjen negara yang sedang menggalas cabaran di Jepun.

“Alhamdulillah, tahniah buat Adeola Fay Robert yang menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya menerusi acara karate.

“Semoga kejayaan ini membakar semangat seluruh kontinjen negara yang sedang menggalas cabaran di bumi Jepun. Teruskan berjuang dan harumkan nama Malaysia!” katanya.

Terdahulu, Adeola mencipta kejayaan selepas menewaskan wakil Iran, Fatemehzahra Saeidabadi 6-4 dalam aksi final kumite wanita bawah 55 kilogram (kg) di Gimnasium Toyohashi.

Kejayaan itu menyaksikan Adeola, 20, menghadiahkan emas pertama Malaysia pada temasya berkenaan dalam penampilan sulungnya di Sukan Asia.

Sebelum ini, skuad karate negara membuka akaun pingat Malaysia menerusi dua gangsa yang masing-masing diraih K. Thevendran dalam acara kumite lelaki bawah 55kg dan H. Sureeya Sankar dalam acara kumite lelaki bawah 60kg.

Baca juga:

Kontinjen Malaysia menyasarkan enam pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved