
PETALING JAYA – Beg berwarna hitam yang dibawa Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengandungi dokumen Belanjawan 2027 diperbuat daripada gabungan anyaman dawai keluli, buluh dan kulit kitar semula.
Kementerian Kewangan menerusi perkongsian di media sosial memaklumkan, beg anyaman tersebut dihasilkan oleh pengkarya tempatan David Cho Chee Min dan Amira Wani Jamil sekali gus karya istimewa sempena Belanjawan 2027.
Malah, Anwar turut berkesempatan bertemu kedua-dua pengkarya beg anyaman itu di Kementerian Kewangan semalam.

“Karya ini melambangkan keunikan kepelbagaian Malaysia yang disatukan melalui kreativiti, daya tahan dan kelestarian,” kata Kementerian Kewangan hari ini.
Terdahulu, Anwar meninggalkan Kementerian Kewangan kira-kira pukul 2.55 petang menuju ke Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2027.
Berbaju Melayu rona biru cerah lengkap bersamping dan bersongkok, Anwar dilihat ceria sambil memegang sebuah beg berwarna hitam bercorak kraf yang mengandungi teks ucapan belanjawan. – KOSMO! ONLINE
The post Beg dawai keluli, buluh, kulit kitar semula ‘simpan’ dokumen Belanjawan 2027 appeared first on Kosmo Online.






