Belanjawan 2027: Anwar sempat berbahasa tamil, petik karya agung Tirukkural

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 4:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027: Anwar sempat berbahasa tamil, petik karya agung Tirukkural

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik karya masyhur pujangga agung Tamil, Thiruvalluvar, ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar memetik rangkap ke-731 daripada karya Tirukkural bagi menggambarkan ciri sesebuah negara unggul yang bukan sahaja bergantung kepada kekayaan dan pembangunan fizikal, malah turut ditunjangi ilmu, keadilan serta akhlak rakyatnya.

“Thallaa Vilaiyulum Thakkaarum Thaazhvilaach Chelvarum Servadhu Naadu.

“Maksudnya, negara yang unggul ialah negara yang subur hasil buminya, tinggi keilmuan dan budi rakyatnya, serta makmur kekayaannya tanpa mengesampingkan akhlak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Menurut Anwar, pemikiran yang diketengahkan Thiruvalluvar sejak zaman silam masih relevan dalam pembinaan sesebuah negara pada masa kini.

Katanya, kehebatan sesebuah negara tidak seharusnya diukur semata-mata berdasarkan limpahan kekayaan atau pembangunan mercu tanda.

“Ternyata, sejak zaman silam, Thiruvalluvar telah mengingatkan bahawa hebatnya sesebuah negara itu tidak sekadar bersandar pada limpahan khazanah dan mercu tanda.

“Tetapi turut ditunjangi kebijaksanaan, keadilan dan kemuliaan insan,” katanya.– KOSMO! ONLINE

The post Belanjawan 2027: Anwar sempat berbahasa tamil, petik karya agung Tirukkural appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved