
KUALA LUMPUR: Suasana di majlis pengebumian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah menyentuh hati ramai apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebak, manakala Syed Saddiq turut mengalirkan air mata ketika berdiri berhampiran beliau.
Momen yang dirakam ketika penghormatan terakhir itu turut mengundang perhatian ramai, mengingatkan bahawa seseorang mungkin mampu melepaskan jawatan, pangkat atau berdepan pelbagai cabaran hidup, namun kehilangan insan yang setia menemani sepanjang hayat merupakan ujian yang paling berat.
Syed Saddiq Turut Kelihatan Di Sisi Tun M
Dalam rakaman itu, Syed Saddiq dilihat berdiri berhampiran Tun Dr Mahathir sambil mengalirkan air mata ketika memandang ke arah beliau, sementara suasana di sekitar kawasan pengebumian dipenuhi orang ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir.
Momen tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan kehilangan insan yang menemani hampir tujuh dekad itu sebagai detik paling menyentuh hati.
Reaksi Netizen Buat Ramai Sebak
Di ruangan komen, ramai berkongsi rasa sedih melihat keadaan Tun Dr Mahathir pada hari tersebut.
“Satu Malaysia tengah saksikan, belajar dan hadam apa makna cinta suami isteri hari ini. Bukan ayat manis berjela, bukan OOTD, bukan juga IG post setiap jam. 70 years,” tulis seorang netizen.
Seorang lagi berkata, “Sedihnya tengok Tun nangis.”
Syed Saddiq dan Bella Astillah sebelum ini sempat bertemu Tun Dr Mahathir dan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah untuk menyerahkan kad jemputan perkahwinan mereka, malah Syed Saddiq kemudian menyifatkan pertemuan itu sebagai kenangan terakhir yang akan sentiasa dikenangnya.
Tun Dr Mahathir dan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah mendirikan rumah tangga pada Ogos 1956 selepas berkenalan ketika sama-sama menuntut di King Edward VII College of Medicine di Singapura. Sepanjang hampir 70 tahun bersama, mereka membesarkan tujuh anak dan sering menjadi simbol kesetiaan serta sokongan antara satu sama lain dalam perjalanan hidup dan kerjaya masing-masing. – The Malaysian Update
The post Beliau Boleh Lepaskan Jawatan, Tapi Tewas Bila Hilang Orang Yang Sentiasa Ada Di Sisi appeared first on The Malaysian Update.

![“Malam Tadi Dia Baik Sahaja”- Tun M Akui Tak Sangka Tun Hasmah Meninggal Dunia [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Tun-M-tak-sangka-Tun-Hasmah-Meninggal-Dunia.jpg?t=1790688984)




