Taghill kembali catat untung bersih bagi 4QFY26 namun hasil susut 21% kepada RM152 juta

LocalBusiness & Finance
29 Jul 2026 • 3:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Taghill kembali catat untung bersih bagi 4QFY26 namun hasil susut 21% kepada RM152 juta Image from: Taghill kembali catat untung bersih bagi 4QFY26 namun hasil susut 21% kepada RM152 juta amree29/07/2026 - 15:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 JulaiTaghill Holdings Berhad kembali mencatatkan keuntungan bersih RM708,000 bagi suku keempat berakhir 31 Mei 2026 berbanding kerugian bersih RM2.68 juta pada suku sebelumnya.

 

Bagaimanapun di sebalik pemulihan itu, kumpulan tersebut menurut makluman kepada Bursa Malaysia melaporkan penurunan hasil kira-kira 21% kepada sebanyak RM152.27 juta bagi tempoh yang sama.

 

Ujarnya, keuntungan berkenaan didorong campuran projek yang lebih menguntungkan, pengurusan kos semakin berdisiplin, serta sumbangan margin tinggi daripada projek-projek pembinaan terpilih.

 

"Selain itu, keuntungan ini turut disokong menerusi pendapatan operasi lain yang lebih tinggi, termasuk daripada aktiviti pelupusan hartanah, loji, dan peralatan berjumlah RM10.79 juta," jelas Taghill.

 

Sebaliknya, penyusutan hasil berbanding RM194.12 juta pada suku sebelumnya disebabkan oleh faktor masa pengiktirafan pendapatan mengikut kemajuan kerja semasa bagi peringkat siap sesuatu projek.

 

Taghill_DagangNews2026

 

Kumpulan berjaya menyerahkan beberapa projek sepanjang tempoh ini, antaranya Skyline KL di Kuala Lumpur; The Stallionz di Ipoh, Perak, dan kilang produk makanan Mahsuri di Seremban, Negeri Sembilan.

 

Sementara itu tambahnya, bagi prestasi terkumpul selama 12 bulan pula, Taghill merekodkan hasil keseluruhan mencecah sebanyak RM768.27 juta dengan keuntungan bersih yang berjumlah RM1.15 juta.

 

"Kumpulan ketika ini memiliki buku pesanan yang kukuh berjumlah RM1.93 bilion, dengan kira-kira RM805.57 juta daripadanya masih lagi belum diiktiraf sebagai pendapatan syarikat," ujarnya lagi.

 

Baki buku tempahan ini katanya, dijangka menyokong pelbagai aktiviti pembinaan dan memberikan keterlihatan pendapatan syarikat yang stabil bagi tempoh antara 18 hingga 24 bulan akan datang.

 

Dalam perkembangan korporat, pihak pengurusan Taghill turut mengumumkan pertukaran tarikh akhir tahun kewangan kumpulan berkenaan daripada sebelum ini iaitu 31 Mei kepada 30 November 2026.

 

Langkah ini memastikan kesan kewangan daripada prosiding pengurusan kehakiman anak syarikatnya, Siab (M) Sdn Bhd dapat dicerminkan secara bermakna dalam tempoh kewangan sama. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved