Binastra sasar lebih banyak projek pusat data, tenaga hijau selepas raih RM2.5 bilion kontrak di Johor Bahru - RHB Research

LocalBusiness & Finance
18 Sep 2026 • 10:01 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Binastra sasar lebih banyak projek pusat data, tenaga hijau selepas raih RM2.5 bilion kontrak di Johor Bahru - RHB Research Image from: Binastra sasar lebih banyak projek pusat data, tenaga hijau selepas raih RM2.5 bilion kontrak di Johor Bahru - RHB Research hamden18/09/2026 - 10:01 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 18 Sept - Binastra Corporation Bhd kini mengalihkan tumpuan kepada projek pusat data (DC) dan tenaga boleh diperbaharui, termasuk solar berskala besar, selepas berjaya memperoleh kira-kira RM2.5 bilion kontrak di Johor Bahru pada FY26.

 

Menurut RHB Research, Binastra ketika ini sedang membida tiga projek DC berskala lebih kecil, masing-masing dalam lingkungan 15MW hingga 20MW.

 

"Kejayaan mendapatkan projek DC di Johor dilihat sebagai pemangkin kepada kumpulan berkenaan memandangkan projek DC semasa dan terdahulu Binastra terletak di Lembah Klang," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

 

Binastra juga menyasarkan untuk mencapai komposisi 50:50 atau sekurang-kurangnya 60:40 antara projek pembinaan konvensional dengan projek DC, kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) loji rawatan kumbahan serta projek tenaga hijau.

 

Ketika ini, komposisi projek kumpulan adalah sekitar 70:30.

 

Unjuran pendapatan dinaikkan

Sementara itu, RHB Research menaikkan unjuran pendapatan Binastra bagi FY27F hingga FY29F masing-masing sebanyak 13.6%, 9% dan 9%, susulan pelarasan andaian pengebilan kemajuan agar lebih sejajar dengan trend hasil terkini.

 

Susulan itu, sasaran harga (TP) Binastra dinaikkan kepada RM3.38 daripada RM3.10, berdasarkan EPS FY28F pada nisbah harga kepada pendapatan (P/E) sasaran 16 kali serta premium alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sebanyak 2%.

 

Saham Binastra kini didagangkan pada P/E FY28F sebanyak 12 kali, iaitu di bawah purata P/E lima tahun Indeks Pembinaan Bursa Malaysia sekitar 14 kali.

 

Firma penyelidikan itu berkata penilaian tersebut tidak mencerminkan prospek pertumbuhan Binastra, berdasarkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) keuntungan FY26 hingga FY29F sebanyak 22%.

 

Pertumbuhan berkenaan disokong buku pesanan melebihi RM6 bilion serta trend penggantian kontrak yang stabil.

 

Sehubungan itu RHB Research mengekalkan saranan BELI terhadap saham Binastra dengan TP baharu RM3.38, yang mencerminkan potensi kenaikan 36% serta hasil FY27F sekitar 4%.

 

Suku-suku akan datang dijangka catat prestasi sama

Dalam pada itu RHB Research berkata, oleh kerana keuntungan teras 2QFY27 Binastra mencapai paras rekod RM50.6 juta, firma itu menjangkakan suku-suku berikutnya mencatatkan prestasi hampir sama atau lebih tinggi berikutan peningkatan selanjutnya dalam pengebilan daripada buku pesanan tertunggak bernilai RM6.7 bilion.

 

Keuntungan teras Binastra 1HFY27 sebanyak RM85.7 juta, meningkat 60% tahun ke tahun, masing-masing menyumbang 50% dan 49% daripada unjuran setahun penuh kami dan konsensus pasaran.

 

Justeru, firma itu menganggap keputusan 1HFY27 berada di atas jangkaan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved