Camne Nak Chill Kalau Cuaca Panas Sangat? Nasib Benda Ni Power Gila – Slay Sampai Beku!

Home & LivingLifestyle
9 May 2025 • 5:45 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Rumah yang selesa adalah impian setiap orang. Mana tidaknya, rumah adalah ‘syurga’ sesebuah keluarga itu. Jika rumah itu sentiasa dalam keadaan yang rapi dan setiap kemudahan lengkap disediakan, maka terciptalah ruangan peribadi yang akan membuatkan seseorang tenang ketika berada di rumah sendiri.

Dan apabila berada di dalam rumah, pastilah kita ingin mencipta suasana yang selesa selepas seharian di luar untuk bekerja, kan? Nak selesa, kena bijak memilih juga tau. Contohnya pemilihan barangan rumah seperti TV, periuk nasi, sofa, peti ais, ketuhar gelombang mikro, oven, malah penyaman udara haruslah dipilih dengan teliti.

Mijia Air Conditioner Pro Eco Oleh Xiaomi Jadi Pilihan Sejati Untuk Rumah Yang Lebih Selesa

Berbalik kepada pemilihan penyaman udara (aircond) di rumah. Ia adalah sangat-sangat penting kerana tidak semua jenama memiliki ciri-ciri yang anda inginkan. Sebagai contoh, anda boleh membuat penetapan mengikut keperluan tersendiri.

Kalau nak sejuk-sejuk manja, boleh setting je. Kalau nak sejuk bak di luar negara, pun boleh.

Untuk pengetahuan anda, Mijia Air Conditioner Pro Eco yang baru dilancarkan Xiaomi telah mendarat di Malaysia. Pelancaran Mijia Air Conditioner Pro Eco secara rasmi di pasaran Malaysia memperluaskan lagi barisan peranti rumah pintar Xiaomi di negara ini.

image is not available

Kenapa Kena Pilih Mijia Air Conditioner Pro Eco Sebagai Penyaman Udara Pintar Di Rumah?

Baik, kita akan go-through satu per satu apa kelebihan produk ini untuk difahami dengan lebih mudah dan proses membuat keputusan juga akan lebih cepat.

#1. Kuasa Penyejukan Dalam Masa 30 Saat Sahaja!

Dilengkapi kecekapan tenaga bertaraf ultra tinggi, Mijia Air Conditioner Pro Eco hadir dengan penarafan 5-bintang dan CSPF setinggi 5.97, menawarkan penjimatan tenaga yang unggul. Dengan mod Mijia AI Energy Saving, pengguna menikmati kawalan suhu yang lebih stabil dan tepat, dipacu oleh enjin AI berasaskan awan yang menyesuaikan strategi penyejukan mengikut keadaan semasa, satu teknologi ke hadapan berbanding mod eco tradisional.

image is not available

Pendingin hawa terbaharu Xiaomi ini turut dilengkapi kipas pemutar bersaiz besar Ф106mm yang dibangunkan sendiri untuk menghantar hembusan udara sejuk berisipadu tinggi secara serta-merta.

Dari segi prestasi, penyaman udara ini mampu menyejukkan ruang dalam hanya 30 saat dengan bantuan kipas pemutar besar berkuasa tinggi dan mod Turbo yang melonjakkan kelajuan kipas secara serta-merta apabila diperlukan.

Direka dengan aliran angin yang lembut, bilah hayun dan lubang mikro khas menjadikan udara sejuk lebih tersebar secara selesa tanpa tiupan kasar yang mengganggu.

#2. Pintar, Peribadi & Mudah Untuk Diurus

Mijia Air Conditioner Pro Eco mudah dikawal melalui aplikasi Xiaomi Home, membolehkan pengguna menghidupkan unit dari jauh sebelum tiba di rumah. Aplikasi ini turut menyediakan maklumat masa nyata seperti status penggunaan tenaga, tahap kekotoran penapis, serta membolehkan penyesuaian corak tidur dan suhu malam mengikut keselesaan pengguna.

Mod AI Favorite membolehkan penyaman udara ini belajar dan menyesuaikan tetapan mengikut tabiat pengguna secara automatik. Melalui teknologi AI yang digabungkan dengan sensor dalaman dan luaran, peranti ini membuat keputusan pintar bagi memberikan kesejukan paling ideal secara berterusan.

image is not available

Lebih menarik, peranti ini turut menyokong kemas kini OTA (over-the-air) secara berkala yang meningkatkan perisian, algoritma kawalan, ciri pintar, serta diagnosis kerosakan secara automatik – sekali gus memanjangkan jangka hayat peranti dan mengurangkan keperluan penyelenggaraan.

#3. Penyelenggaraan Mudah Dengan Jaminan Menyeluruh

Setiap pembelian Mijia Air Conditioner Pro Eco didatangkan dengan waranti umum selama 3 tahun dan jaminan pemampat (compressor) selama 10 tahun.

Sistem pembersihan kendiri yang pintar memastikan peranti sentiasa berada dalam keadaan optimum dengan proses menyerap kelembapan, pembekuan, pencairan dan pembilasan automatik.

Bukan itu sahaja, peringatan melalui aplikasi turut membantu pengguna mengekalkan prestasi penapis tanpa sebarang kesulitan.

#4. Aliran Angin Lembut, Sejuk & Selesa

Mijia Air Conditioner Pro Eco dilengkapi 14 bilah hayun dan 602 lubang mikro bulat yang melembutkan aliran udara sekaligus mengelakkan tiupan terus yang kuat ke arah badan. Ia direka untuk menjaga keselesaan golongan paling sensitif seperti bayi, ibu dan warga emas, sambil memastikan mereka kekal nyaman sepanjang masa.

image is not available

#5. Harga & Tawaran Hebat Lain

Mijia Air Conditioner Pro Eco hadir dengan dua model yang dapat memenuhi keperluan pelbagai ruang dan gaya hidup — menawarkan prestasi cemerlang serta pengalaman penyejukan yang konsisten di mana-mana sahaja.

Yang menariknya untuk tempoh terhad ini, pelanggan boleh mendapatkan kedua-dua model pada harga diskaun!

  1. Mijia Air Conditioner Pro Eco 5-Star 1.0 HP Inverter (RM1,899 N/P) – Harga Promosi: RM1,699
  2. Mijia Air Conditioner Pro Eco 5-Star 1.5 HP Inverter (RM2,199 N/P) – Harga Promosi: RM1,899

image is not available

Penyaman udara pintar ini kini boleh didapati di Xiaomi Store IPC Shopping Centre, di laman rasmi mi.com, Shopee dan Lazada.