Chelsea sedia cabar kejuaraan EPL

FootballSports
17 Aug 2026 • 8:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Chelsea sedia cabar kejuaraan EPL

LONDON: Chelsea berada di landasan terbaik menjelang pembukaan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Real Sociedad 3-1 dalam aksi persahabatan terakhir di Stamford Bridge, semalam.

Bagaimanapun, kemenangan itu dicemari layanan berbeza penyokong terhadap Enzo Fernandez apabila pemain tengah Argentina tersebut diejek sebaik masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-62 menggantikan Reece James.

Sebahagian penyokong menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Fernandez yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk meninggalkan The Blues. 

Chelsea dilaporkan menetapkan harga 120 juta Pound (RM683 juta) untuk Fernandez, namun belum menerima sebarang tawaran sepanjang jendela perpindahan musim panas ini.

Morgan Rogers membuka akaun jaringan di Stamford Bridge apabila menyambar bola muntah selepas tandukan Joao Pedro diselamatkan penjaga gol Sociedad.

Joao Pedro kemudian memastikan kemenangan Chelsea menerusi dua gol untuk melengkapkan aksi pramusim dengan lapan jaringan, manakala Jon Aramburu menjaringkan gol penyamaan buat wakil La Liga itu.

Kemenangan tersebut menjadi suntikan positif buat pengendali baharu Chelsea, Xabi Alonso, sebelum mereka membuka kempen Liga Perdana Inggeris menentang , Fulham.

“Ini perlawanan persiapan terakhir yang sangat baik. Ada perkara yang bagus dan ada juga yang perlu kami perbaiki, dan itu normal pada ketika ini.

“Hebat dapat mengumpulkan seluruh pasukan. Ini ujian terakhir dan kini kami mempunyai seminggu untuk membuat persiapan menghadapi Fulham. Perasaannya cukup baik di stadium,” kata Alonso.-AGENSI

The post Chelsea sedia cabar kejuaraan EPL appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved