DAP namakan calon ganti Anthony dalam masa terdekat

LocalPolitics
6 Aug 2026 • 8:25 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: DAP namakan calon ganti Anthony dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR: DAP Negeri Sembilan akan menamakan calon bagi menggantikan Anthony Loke sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan dalam masa terdekat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha DAP negeri itu, Cha Kee Chin berkata, segala perkara akan dibincangkan secara dalaman, sekali gus meyakini isu lain termasuk calon yang menggantikan Anthony tidak akan mengambil masa yang lama.

“Kita tiada tempoh masa tertentu untuk menamakan, tetapi saya yakin ia akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, beliau secara peribadi tidak menyangka Anthony tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, namun mengakui dakwaan jahat pihak lawan menewaskan Setiausaha Agung DAP itu.

“Saya pun tidak faham mengapa pemimpin UMNO Barisan Nasional (BN) yang ada kelulusan tinggi boleh sebut Anthony Loke akan dinamakan sebagai calon Menteri Besar.

“Itu benar-benar dakwaan jahat dan orang percaya dakwaan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan siapakah yang akan dilantik sebagai calon Menteri Besar daripada PH sekiranya Datuk Seri Aminuddin Harun tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau kemudian membangkitkan persoalan sama ada rakyat Negeri Sembilan mahu Anthony menjadi Menteri Besar. – UTUSAN

The post DAP namakan calon ganti Anthony dalam masa terdekat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved