
PETALING JAYA – “Penyewa dari neraka,” itu luahan seorang wanita selepas melihat sendiri keadaan terkini rumah milik keluarganya yang telah disewakan.
Wanita berkenaan mendakwa, rumah tersebut baru sahaja disewakan sejak kira-kira lapan bulan lalu, namun dibiarkan dalam keadaan amat menjijikkan.
Menggunakan profil @Dikna_na di media sosial, wanita itu turut berkongsi video yang memaparkan hampir segenap sudut kediaman dipenuhi sampah, termasuk ruang tamu, bilik dan tandas.
“Baru duduk lapan bulan. Awalnya elok je. Kali ni kena keluarga sendiri, baru faham! Kongsi balik hantaran,” katanya.
Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam sikap tidak bertanggungjawab dan pengotor penyewa berkenaan.
“Kalau boleh duduk kotor macam ni, kenapa dia tak sewa tempat pelupusan sampah je? Jimat kos sikit daripada menyusahkan orang macam ni,” komen @Zhafirzhikri.
“Macam mana boleh bagi dia sewa? Orang apa ni,” soal @Syahidaalfath_mh.
“Aduh, saya yang tengok ni pun rasa kecewanya. Kasihan pemilik rumah,” ujar @Drredzazainol. – KOSMO! ONLINE
The post Rumah jadi ‘tong sampah’ lepas disewa 8 bulan appeared first on Kosmo Digital.






