Didenda RM2,000 ugut laku ugutan jenayah ke atas wanita, bapa

6 Aug 2026 • 2:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Didenda RM2,000 ugut laku ugutan jenayah ke atas wanita, bapa

TAMPIN – Seorang lelaki didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Gemas, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas kesalahan melakukan ugutan jenayah menerusi panggilan telefon menggunakan aplikasi WhatsApp terhadap seorang wanita dan bapa wanita berkenaan pada bulan lalu.

Majistret Nor Farhana Mohd. Ishak turut menetapkan tiga bulan penjara sekiranya tertuduh, K. Kevin Joel, 21, gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja membuat panggilan telefon melalui aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita berusia 19 tahun dengan niat untuk menakutkannya secara jenayah di sebuah rumah di Taman Gembira, Gemencheh, Tampin kira-kira pukul 3 petang, 25 Julai lalu.

Bagi pertuduhan berikutnya, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama terhadap bapa mangsa di lokasi sama pada pukul 10.27 malam, 29 Julai lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh menghubungi mangsa melalui WhatsApp dan mengeluarkan kata-kata ugutan sehingga menyebabkan wanita itu berasa takut.

Beberapa hari kemudian, tertuduh sekali lagi menghubungi bapa mangsa dan mengugut akan menyebarkan gambar bogel mangsa serta meminta wang sebanyak RM10,000 sebagai ganti rugi telah berkawan dengan mangsa.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Fidha Misjedi memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana ugutan yang dilakukan telah menimbulkan ketakutan kepada mangsa, termasuk ancaman untuk menyebarkan gambar bogel. – KOSMO! ONLINE

The post Didenda RM2,000 ugut laku ugutan jenayah ke atas wanita, bapa appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved