“Dik, selamba je kau….” – Santai Duduk Bersila, PMX Hadir Sertai Penonton MotoGP Di Hillstand SIC

2 Nov 2026 • 12:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 48

Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menyokong serta meriahkan lagi kejohanan MotoGP baru-baru ini sememangnya menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, beliau memilih untuk meluangkan masa dan bersantai bersama para peminat sukan permotoran di kawasan perkelahan K2 Hillstand.

Suasana penuh meriah itu dikongsikan oleh pencipta kandungan tempatan, Jason Yew menerusi hantaran di platform Threads, yang memaparkan momen bersahaja PMX melayan gelagat penonton di sana.

Artikel berkaitan: “Satu ingatan yang sangat kami hargai ” – Bella Astillah & Syed Saddiq Terima Hadiah Perkahwinan Daripada PMX & Dr Wan Azizah

View on Threads

 

Namun begitu, di sebalik keseronokan PMX bersila di atas rumput menyantuni orang ramai, ada satu perincian melucukan yang berjaya mencuri tumpuan warganet.

Menerusi perkongsian gambar dan video berkenaan, kelihatan PMX sedang duduk rapat bersama beberapa penonton termasuk seorang kanak-kanak lelaki di sebelah beliau. Apa yang membuatkan ramai terhibur ialah aksi selamba budak berkenaan yang kelihatan begitu selesa sehingga tanpa sengaja ‘memarkir’ sikunya pada paha PMX sewaktu tekun menyaksikan perlumbaan di litar!

cats

Momen bersahaja itu terus menjadi bualan hangat netizen di ruang komen yang rata-ratanya berasa terhibur melihat gelagat kanak-kanak berkenaan yang langsung tidak menunjukkan rasa kekok walaupun duduk bersebelahan dengan pemimpin nombor satu negara.

Sumber: Threads

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved