Dua penunggang basikal maut dilanggar: Polis buat semakan semula CCTV

24 Aug 2026 • 11:33 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua penunggang basikal maut dilanggar: Polis buat semakan semula CCTV
Gambar tular di media sosial kejadian kemalangan maut dua penunggang basikal di Putrajaya, Khamis lalu.

PUTRAJAYA - Polis membuat semakan semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian berhubung kes kemalangan maut dua penunggang basikal yang dilanggar kereta di Kilometer 9.0 Jalan Persiaran Selatan di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, semakan semula itu dibuat pegawai penyiasat kes di Putrajaya Command Centre (PCC) Perbadanan Putrajaya (PPj) pada Isnin.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan dan pihaknya perlu membuat pengesahan lanjut menerusi semakan rakaman CCTV.

"Setakat ini empat keterangan individu juga sudah dirakam bagi membantu siasatan kemalangan itu.

"Ia membabitkan dua waris dan masing-masing seorang pemandu kereta dan kontraktor jalan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam, polis mengesahkan pemandu kereta berusia 40-an terbabit tidak memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Mangsa yang maut di lokasi kejadian ialah Mohd Hilmi Tahar, 48 dan Syazwan Zharif Abdul Karim, 30.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Putrajaya di talian 03-88862138 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved