EcoWorld terbit sukuk RM850 juta, sebahagian dana untuk pembelian tanah

LocalBusiness & Finance
11 Nov 2026 • 5:19 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

EcoWorld terbit sukuk RM850 juta, sebahagian dana untuk pembelian tanah Image from: EcoWorld terbit sukuk RM850 juta, sebahagian dana untuk pembelian tanah sarah11/11/2026 - 17:19 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 11 Nov - Eco World Development Group Berhad (EcoWorld) berjaya menerbitkan sukuk wakalah bernilai RM850 juta, dengan sebahagian hasil pembiayaan itu akan digunakan bagi keperluan perbelanjaan modal termasuk pembelian tanah.

 

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu, penerbitan sukuk berkenaan dilaksanakan menerusi anak syarikat milik penuhnya, Eco World Capital Berhad, di bawah program sukuk wakalah bernilai nominal sehingga RM3 bilion.

 

Penerbitan itu merupakan siri kelima di bawah program berkenaan dan dibahagikan kepada tiga tranche dengan tempoh matang antara lima hingga 10 tahun.

 

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM150 juta diterbitkan bagi tempoh lima tahun, RM550 juta untuk tujuh tahun, manakala baki RM150 juta mempunyai tempoh matang 10 tahun.

 

Dana sokong keperluan pembangunan dan operasi

EcoWorld berkata, hasil penerbitan sukuk itu akan digunakan untuk membiayai keperluan modal kerja dan perbelanjaan modal kumpulan, termasuk pemerolehan tanah bagi menyokong aktiviti perniagaannya.

 

Dana berkenaan juga boleh digunakan oleh anak syarikat, syarikat bersekutu dan usaha sama EcoWorld untuk pelaburan patuh Syariah serta tujuan korporat am.

 

Bagaimanapun, kumpulan itu tidak memperincikan jumlah yang akan diperuntukkan khusus bagi pembelian tanah atau mengenal pasti projek pembangunan yang bakal menerima pembiayaan daripada penerbitan sukuk tersebut.

 

Program sukuk RM3 bilion

Sebagai latar belakang, program sukuk wakalah Eco World Capital telah dinaikkan daripada RM1.2 bilion kepada RM3 bilion pada 2024, manakala MARC Ratings mengekalkan penarafan AA-IS(cg) dengan prospek stabil bagi program berkenaan pada Ogos 2026. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved