“Elaun Pak Menteri Berpuluh Ribu” – Hanya RM 30, Netizen Dedah Kadar Insentif Khas ‘Flying Doctor’ KKM Sejak Tahun 1978

LocalHealth & Fitness
9 Sep 2026 • 1:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Perkongsian mengenai Bayaran Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara bagi anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencetuskan perbincangan dalam kalangan warganet, khususnya mengenai kadar insentif yang ditetapkan.

Menerusi dokumen yang tular di media sosial, bayaran berkenaan telah diwujudkan sejak 1978 dengan objektif memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan di kawasan pedalaman dapat disediakan melalui perkhidmatan kesihatan udara.

Advertisement

Elaun

Berdasarkan dokumen tersebut, bayaran insentif itu diberikan kepada anggota perubatan yang terlibat dengan perkhidmatan kesihatan udara, termasuk pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat dan jururawat masyarakat.

Kadar yang dinyatakan adalah RM30 bagi satu penerbangan pergi dan balik dalam sehari, manakala penerbangan pergi dan balik yang melibatkan hari berlainan juga ditetapkan pada kadar RM30.

Elaun fli

Bagi keadaan yang melibatkan lebih daripada satu penerbangan dalam sehari pula, kadar dikira berdasarkan bilangan penerbangan pergi dan balik didarabkan RM30.

Perkongsian tersebut kemudian mendapat pelbagai reaksi warganet yang mempersoalkan sama ada kadar berkenaan setimpal dengan cabaran serta risiko yang perlu dihadapi petugas kesihatan ketika menjalankan perkhidmatan di kawasan pedalaman.

Seorang pengguna media sosial berkata, bayaran tersebut kelihatan rendah jika dibandingkan dengan kerja yang dilakukan.

Dalam masa sama, terdapat juga komen daripada individu yang mendakwa bekerja dengan KKM dan menyentuh mengenai beban tugas serta keadaan kakitangan kesihatan ketika ini.

elaun

“Realitinya dalam KKM… semua elaun x masuk akal…… sebab 2 semua staff KKM rasa x dihargai…… tenaga masa nyawa staff kerah sampai lunyai…”

Seorang lagi pengguna pula mendakwa kekurangan kakitangan menyebabkan beban kerja semakin meningkat dan ada kakitangan terpaksa melakukan kerja lebih masa.

Bagaimanapun, dokumen yang dikongsikan itu hanya menunjukkan kadar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara dan syarat kelayakan yang dinyatakan. Ia tidak menjelaskan secara terperinci sama ada terdapat bayaran atau tuntutan lain yang boleh diterima petugas ketika menjalankan tugasan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

helikopter2026-09-08 17:49:11

Helikopter BO-105 Bawa Lima Individu Terhempas Di Sarawak Ketika Jalankan Tugas Doktor Udara

The post “Elaun Pak Menteri Berpuluh Ribu” – Hanya RM 30, Netizen Dedah Kadar Insentif Khas ‘Flying Doctor’ KKM Sejak Tahun 1978 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved