
TEMERLOH – Empat maut dalam kejadian kemalangan melibatkan 11 buah kenderaan termasuk bas, lori tangki, trak pikap, kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kereta di Kilometer 110.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) di sini, malam tadi.
Mangsa maut adalah Muhammad Nazatullah Nazmi,32, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan,32, dan seorang kanak-kanak lelaki yang menaiki Proton S70 serta seorang lelaki menaiki Honda CRV.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, kemalangan melibatkan 11 kenderaan iaitu bas ekspres, lori tangki, Toyota Alphard, Toyota Hilux, Honda CRV, dua buah Proton Saga, dua Perodua Myvi dah sebuah Perodua Aruz.
“Bomba yang tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 11.24 malam mendapati terdapat dua mangsa tersepit di dalam Honda CRV, seorang mangsa tersepit dalam lori tangki dan tiga lagi tersepit dalam Proton S70.
“Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Kesemua 30 penumpang bas selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Empat maut nahas ngeri di LPT 1 appeared first on Kosmo Digital.






