Empat remaja dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pantai

2 Sep 2026 • 11:04 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Empat remaja dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pantai
Anggota bomba dan penyelamat menjalankan operasi mencari empat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas menggunakan teknik pencarian permukaan air di perairan Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, di sini hari ini.Empat remaja berusia 16 tahun itu dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pantai berkenaan pagi ini. Foto Bernama
Image from: Empat remaja dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pantai
Dua remaja yang diselamatkan orang awam. Foto JBPM Johor
Image from: Empat remaja dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pantai
Ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu perkembangan operasi mencari empat remaja lelaki berusia 16 tahun yang dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, pagi ini. Foto Bernama.
Image from: Empat remaja dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pantai
Ahli keluarga setia menunggu perkembangan operasi mencari empat remaja lelaki berusia 16 tahun dan dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, pagi ini. Foto Bernama

KOTA TINGGI – [DIKEMAS KINI] Empat remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar di sini pada Rabu.

Dua lagi bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba di lokasi tiba.

**media[3633744]**

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Pegawai Bomba Kanan I Muhammad Adib Tarmuzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.19 pagi.

**media[3634136]**

"Operasi membabitkan enam anggota bersama sebuah jentera FRT itu masih berlangsung ketika ini.

**media[3634137]**

"Kesemuanya berumur 16 tahun dan difahamkan mereka datang berkhemah serta mandi di Tanjung Lompat.

"Maklumat lanjut termasuk keadaan kesemua mangsa masih dalam proses pengesahan," ujarnya dalam kenyataan.

Dalam kejadian pagi Rabu, empat remaja lelaki berusia 16 tahun iaitu Alif Taqiuddin Kamal Hasrul, Mohamad Haiman Fitri Supian, Muhammad Adib Hafiy Kamal dan Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor dikhuatiri lemas selepas mandi-manda ketika berkelah di Pantai Tanjung Lompat.

Dua lagi rakan mereka, Mohamad Faqrul Isqandar Abdullah dan Muhammad Afiq Ruzaini Mazlan, 16, bagaimanapun berjaya diselamatkan orang awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved