Empat remaja lemas: 'Kami tak tahu adik pergi berkhemah di pantai’

2 Sep 2026 • 4:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Empat remaja lemas: 'Kami tak tahu adik pergi berkhemah di pantai’
Nur Adriana menunjukkan gambar adiknya, Thaqif.
Image from: Empat remaja lemas: 'Kami tak tahu adik pergi berkhemah di pantai’
Sekumpulan remaja lelaki menunggu perkembangan operasi mencari dan menyelamat empat rakan mereka yang berusia 16 tahun dan dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, pagi ini. Foto Bernama.
Image from: Empat remaja lemas: 'Kami tak tahu adik pergi berkhemah di pantai’
Anggota bomba dan penyelamat menjalankan operasi mencari empat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas menggunakan teknik pencarian permukaan air di perairan Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, di sini hari ini.Empat remaja berusia 16 tahun itu dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pantai berkenaan pagi ini. - Foto Bernama
Image from: Empat remaja lemas: 'Kami tak tahu adik pergi berkhemah di pantai’
Anggota bomba dan penyelamat menjalankan operasi mencari empat remaja lelaki berusia 16 tahun yang dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, menerusi teknik pencarian permukaan air, di sini hari ini. Foto Bernama

KOTA TINGGI - “Kami tidak tahu adik akan keluar berkhemah di tepi pantai, dia hanya maklumkan pergi bersama rakan-rakannya ke tempat lain."

Demikian luah Nur Adriana Dania Rumainoor, 24 kakak kepada Muhammad Thaqif Rayyan, 16, salah seorang daripada empat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar, di sini, pagi Rabu.

Nur Adriana berkata, dia menerima berita mengenai kejadian membabitkan adiknya selepas dimaklumkan rakannya kira-kira jam 7.30 pagi.

**media[3634198]**

Menurutnya, kali terakhir dia berhubung dengan adiknya pada malam Selasa sebelum adiknya itu memaklumkan keluar bersama rakan-rakan.

Nur Adriana Dania memberitahu dia sangat rapat dengan adiknya yang juga anak bongsu daripada tiga beradik, lebih-lebih lagi selepas kematian ibu mereka lima tahun lalu.

“Memang saya rapat dengan adik sebab selepas arwah ibu meninggal, memang saya yang jaga dia 24 jam,” katanya.

**media[3634199]**

Sementara itu, bapa Muhammad Thaqif, Rumainoor Salleh, 47, berkata, anaknya menunjukkan perubahan sejak seminggu lalu apabila lebih banyak menghabiskan masa berkurung di dalam bilik.

“Dia biasa keluar malam, tapi seminggu ini dia duduk dalam bilik saja, tak keluar-keluar. Cuma keluar pergi sekolah," katanya.

**media[3634200]**

Dalam kejadian pagi Rabu, empat remaja lelaki berusia 16 tahun iaitu Alif Taqiuddin Kamal Hasrul, Mohamad Haiman Fitri Supian, Muhammad Adib Hafiy Kamal dan Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor dikhuatiri lemas selepas mandi-manda ketika berkelah di Pantai Tanjung Lompat.

Dua lagi rakan mereka, Mohamad Faqrul Isqandar Abdullah dan Muhammad Afiq Ruzaini Mazlan, 16, bagaimanapun berjaya diselamatkan orang awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved