Empat terselamat selepas helikopter terbakar 100 peratus di lapangan terbang Subang

15 Aug 2026 • 2:18 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Empat terselamat selepas helikopter terbakar 100 peratus di lapangan terbang Subang

PETALING JAYA : Empat individu terselamat selepas sebuah helikopter terbakar sebelum berlepas dari Karbon MRO, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS) bagi tujuan pengujian enjin selepas menjalani kerja-kerja pembaikan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.34 tengah hari tadi, helikopter terbakar 100 peratus.

Berdasarkan maklumat Pasukan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) kesemua mangsa merupakan lelaki warganegara Ukraine.

Mereka terdiri daripada seorang juruterbang, pembantu juruterbang (seorang) dan kru (dua orang).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, kejadian berlaku ketika helikopter berkenaan hendak melakukan proses berlepas (take-off) bagi menguji enjin selepas kerja-kerja pembaikan.

Katanya, empat individu yang berada di dalam helikopter itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bersama anggota bertugas sedang menjalankan operasi pemadaman di lokasi.

“Status kecederaan mangsa masih belum diperoleh setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Ketua Zon dan Ketua Balai turut dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

“Seramai lima anggota telah ditugaskan ke lokasi dengan menggunakan 1 unit jentera FRT-1,” jelasnya. –UTUSAN

The post Empat terselamat selepas helikopter terbakar 100 peratus di lapangan terbang Subang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved