Enproserve menang kontrak RM12.3 juta selenggara kuarters kerajaan Putrajaya

LocalBusiness & Finance
18 Sep 2026 • 9:25 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Enproserve menang kontrak RM12.3 juta selenggara kuarters kerajaan Putrajaya Image from: Enproserve menang kontrak RM12.3 juta selenggara kuarters kerajaan Putrajaya johardy18/09/2026 - 09:25 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 18 Sept – Enproserve Corp Berhad memperoleh kontrak bernilai RM12.31 juta bagi menyelenggara kuarters kerajaan di Putrajaya.

 

Kontrak bagi pengurusan, operasi dan penyelenggaraan menyeluruh bangunan, kawasan bersama serta pepasangan itu dianugerahkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) kepada anak syarikat milik penuhnya, Enproserve (M) Sdn Bhd (EMSB).

 

Syarikat kejuruteraan mekanikal dan awam itu menerusi makluman kepada Bursa Malaysia berkata, projek berkenaan akan dilaksanakan selama 36 bulan bermula 1 Januari 2027.

 

Skop kontrak merangkumi kerja awam dan struktur, sistem serta perkhidmatan mekanikal dan elektrikal, selain perkhidmatan pembersihan, kawalan makhluk perosak dan landskap di kuarters 4C dan 8R2, Presint 8, Putrajaya.


 

solar

 


Enproserve berkata, kontrak itu dianugerahkan menerusi tender kompetitif dengan nilainya berdasarkan skop kerja yang ditetapkan PPj, pihak berkuasa tempatan bagi pusat pentadbiran Persekutuan Malaysia.

 

Syarikat menjangkakan kontrak tersebut akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersihnya pada masa hadapan.

 

Saham Enproserve dibuka setengah sen lebih rendah pada 28 sen setakat pasaran dibuka pada pukul 9 pagi hari ini, menjadikan permodalan pasarannya kira-kira RM294 juta. — DagangNews.com

 

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved