GP Bahrain Di Litar Sepang Berlangsung Sebelah Petang

31 Jul 2026 • 5:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

GP Bahrain Di Litar Sepang Berlangsung Sebelah Petang

GP Bahrain Di Litar Sepang Berlangsung Sebelah Petang

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang dijadualkan pada Oktober ini, akan berlangsung pada sebelah petang.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif, sekali gus menjawab spekulasi yang timbul bahawa perlumbaan berkenaan akan diadakan pada waktu malam menggunakan lampu limpah di SIC.

“Perlumbaan akan diadakan pada sebelah petang, bukannya waktu malam,” katanya kepada Bernama.

Sebelum ini, tular di media sosial menyatakan bahawa GP Bahrain di Malaysia akan berlangsung pada waktu malam, malah terdapat pengguna media sosial berkongsi paparan daripada aplikasi rasmi F1 berhubung perlumbaan pada 4 Okt itu dijadual berlangsung dari 8 hingga 10 malam mengikut waktu di litar.

Image from: GP Bahrain Di Litar Sepang Berlangsung Sebelah Petang
Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif

Semakan Bernama mendapati paparan waktu perlumbaan dalam aplikasi rasmi F1 masih belum dikemas kini setakat berita ini ditulis.

Baca juga:

Ahad lepas, Formula 1 mengesahkan Malaysia sebagai tuan rumah GP Bahrain dari 2 hingga 4 Okt, susulan pemeteraian perjanjian antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.

Perjanjian itu membolehkan GP Bahrain kekal dalam kalendar F1 musim 2026 selepas perlumbaan berkenaan dibatalkan awal musim ini, berikutan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Malaysia sebelum ini menjadi tuan rumah GP Malaysia di Sepang pada 1999 hingga 2017, sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar F1.

Sepanjang 19 tahun penganjurannya, GP Malaysia sentiasa berlangsung pada sebelah petang.

Bagaimanapun, beberapa perlumbaan dalam kalendar F1 ketika ini diadakan pada waktu malam, termasuk GP Singapura dan GP Las Vegas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved