Hadir PAU 2026, Rosmah curi perhatian -“Ni nak salam Datuk Najib, Datuk Najib tak ada…”

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 10:06 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kehadiran isteri kepada Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, Datin Seri Rosmah Mansur di Perhimpunan Agong UMNO 2026 (PAU2026) telah mencuri perhatian ramai.

Kehadiran Rosmah dapat perhatian

Kehadiran beliau yang terlihat ceria memakai baju merah sedondon dengan pakaian rasmi parti UMNO telah mendapat sorakan ramai apabila sempat menghampiri penyokong dan bergambar bersama.

Image from: Hadir PAU 2026, Rosmah curi perhatian -“Ni nak salam Datuk Najib, Datuk Najib tak ada…”

Sempat beramah mesra

Beliau juga sempat berseloroh dengan menyatakan orang ramai bersalam dengannya memandangkan ketiadaan suami yang tidak dapat hadir ke PAU 2026.

“Ni nak salam Datuk Najib , Datuk Najib tak ada…” ujarnya berseloroh.

@ohmymedia.cc

Sempat Datin Sri bergurau senda ye #OMMMedia #OhMyMedia

♬ original sound - Oh My Media - Oh My Media

Image from: Hadir PAU 2026, Rosmah curi perhatian -“Ni nak salam Datuk Najib, Datuk Najib tak ada…”

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 rasmi dimulakan dengan acara menaikkan bendera UMNO, Sang Saka Bangsa di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pagi ini.

Upacara simbolik perasmian itu disempurnakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum diiringi nyanyian lagu UMNO, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ bersama para perwakilan yang hadir.

Seramai 6,403 perwakilan UMNO termasuk daripada Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO menghadiri PAU 2026 yang berlangsung sejak Rabu lalu hingga esok.

Bukan sahaja perwakilan, kira-kira 450 petugas media termasuk media antarabangsa turut mendaftar bagi membuat liputan sepanjang persidangan berkenaan.

PAU 2026 terlebih dahulu dimulakan dengan Pra-PAU yang menyaksikan pelbagai program dianjurkan, antaranya Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia 2.0 dan Kongres Pendidikan Melayu 2.0 anjuran Biro Pendidikan UMNO Malaysia.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved