Hantaran lafaz syahadah cetus persoalan, Cikgu Chandra minta masa bertenang

28 Aug 2026 • 1:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hantaran lafaz syahadah cetus persoalan, Cikgu Chandra minta masa bertenang
Hantaran Facebook Cikgu Chandra mencetuskan tanda tanya orang ramai pada Jumaat.
Image from: Hantaran lafaz syahadah cetus persoalan, Cikgu Chandra minta masa bertenang
Hantaran grafik dikongsikan Cikgu Chandra.

SHAH ALAM - "Insya-ALLAH, saya akan maklumkan bila tempoh bertenang saya selesai,” demikian respons aktivis masyarakat, S Chandrasegaran atau lebih dikenali sebagai Cikgu Chandra berhubung hantaran lafaz syahadah yang dimuat naik di Facebook miliknya pada Jumaat.

Bagaimanapun, beliau berkata, buat masa ini, pihaknya memilih tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana mempunyai keluarga yang perlu dilindungi.

“Saya menghormati persoalan yang dikemukakan oleh pihak media. Namun, saya memilih untuk menjawab Alhamdulillah pada ketika ini.

"Saya ada keluarga yang perlu saya lindungi dan saya tidak mahu sebarang kenyataan saya dipetik di luar konteks sehingga menimbulkan salah faham atau memberi kesan kepada mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sebelum ini, Cikgu Chandra memuat naik hantaran Facebook yang memaparkan lafaz syahadah hingga mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen sama ada beliau sudah memeluk Islam.

Menerusi perkongsian itu, beliau menulis lafaz, “Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh ALLAH”.

Cikgu Chandra berkata, setiap orang berhak membuat tafsiran terhadap sesuatu hantaran, namun beliau tidak akan memberikan ulasan lanjut mengenai perkara berkenaan buat masa ini.

Justeru, beliau berharap pendiriannya dihormati dan memberikan ruang kepada dirinya serta keluarga.

Dalam pada itu, Cikgu Chandra turut berkongsi grafik memaklumkan sejak kecil beliau membesar di Alor Setar bersama rakan-rakan beragama Islam dan tidak pernah menganggap perbezaan kaum sebagai satu isu.

**media[3629059]**

Beliau turut berkongsi pengalamannya bersama rakan-rakan Muslim termasuk ketika menangkap ikan, berkunjung ke rumah rakannya yang berkhatan dan menikmati nasi kuning.

Katanya, pengalaman ketika berdepan situasi kecemasan turut meninggalkan kesan mendalam apabila orang pertama yang bersamanya ketika itu merupakan seorang berbangsa Melayu.

"Jadi tersebut hati saya dan berniat memeluk agama Islam. Cuma sekarang saya berjinak mengaji Al-Quran sebelum proses seterusnya," kongsinya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved