Helikopter terbakar: Semua penerbangan dari atau ke Subang ditangguhkan

15 Aug 2026 • 2:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Helikopter terbakar: Semua penerbangan dari atau ke Subang ditangguhkan

PUTRAJAYA – Semua penerbangan dari dan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS) ditangguhkan sehingga diberitahu kelak, susulan kejadian kebakaran sebuah helikopter di lokasi berkenaan, hari ini.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkata, buat masa ini, landasan lapangan terbang berkenaan ditutup.

“CAAM mengesahkan sebuah helikopter Kamov Ka-32S dengan nombor pendaftaran UR-CIT terlibat dalam insiden kebakaran di LTSAAS.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.28 tengah hari ketika helikopter berkenaan sedang menjalani ujian enjin di darat sebagai sebahagian daripada aktiviti penyelenggaraan,” katanya hari ini.

Susulan itu, CAAM menasihatkan penumpang terlibat untuk menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Insiden tersebut akan disiasat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia selaras dengan Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan sebuah helikopter terbakar ketika hendak berlepas bagi tujuan pengujian enjin selepas pembaikan di kawasan Karbon MRO.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, empat mangsa dilaporkan berjaya menyelamatkan diri dan berada dalam keadaan selamat.

Terdahulu, orang ramai di sekitar lapangan terbang di Subang dikejutkan dengan kepulan asap dan kelibat jentera bomba berhampiran kawasan lapangan terbang itu hari ini.

Situasi berkenaan menarik perhatian pengguna media sosial yang mempersoalkan punca kejadian selepas melihat asap sebelum mendapati pasukan bomba berada di lokasi. – KOSMO! ONLINE

The post Helikopter terbakar: Semua penerbangan dari atau ke Subang ditangguhkan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved