
Gambar Ihsan: RXZ Members Official.
Dunia permotoran tanah air dikejutkan dengan satu pengumuman besar apabila himpunan ikonik RXZ Members dijangka melabuhkan tirainya pada edisi ke-10 iaitu pada tahun 2028 nanti.
Selepas lapan tahun mencetuskan fenomena luar biasa dan menyatukan ribuan jiwa peminat jentera legenda Yamaha RXZ dari seluruh pelosok negara, legasi ini kini menghitung hari menuju garisan penamat.
Perkara itu disahkans sendiri oleh Penganjur RXZ Members, Mohamad Faizal Mat Ali.
Menurutnya, berdasarkan perancangan awal, siri ke-10 berkemungkinan menjadi edisi terakhir.
Bagaimanapun, beliau berkata, segala perancangan itu tertakluk kepada ketentuan Allah dan mungkin juga berakhir lebih awal bergantung kepada pelbagai faktor.
"Ramai menyangka RXZ Members akan terus berlangsung sampai bila-bila, namun seperti kata orang, yang bermula pasti akan berakhir.
SUMBER BERITA HARIAN:





