HYROX Kuala Lumpur 2026 diberi kelulusan bersyarat

6 Nov 2026 • 3:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: HYROX Kuala Lumpur 2026 diberi kelulusan bersyarat
Penganjuran HYROX Kuala Lumpur 2026 mendapat kelulusan bersyarat daripada KBS selepas pihak penganjur bersetuju mematuhi sepenuhnya Kod Sukan Selamat.

PENGANJURAN HYROX Kuala Lumpur 2026 mendapat kelulusan bersyarat daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas pihak penganjur bersetuju mematuhi sepenuhnya Kod Sukan Selamat.

Kelulusan itu diberikan di bawah Seksyen 33 Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576), tertakluk kepada pematuhan Perkara 5.2 Kod Sukan Selamat serta semua syarat ditetapkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan.

Perkembangan itu menyusul kenyataan KBS pada 5 November lalu berhubung status penganjuran acara kecergasan berkenaan yang sebelum ini berdepan isu pematuhan kod tersebut.

KBS dalam kenyataan media pada Jumaat memaklumkan, pemantauan akan dilakukan sepanjang acara berlangsung bagi memastikan semua syarat kelulusan dipatuhi penganjur.

Kementerian itu turut mengalu-alukan penganjuran acara kecergasan massa seperti HYROX kerana mampu menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Selamat bertanding kepada semua peserta," menurut kenyataan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved