IJM berada di kedudukan strategik catat peningkatan kerja pembinaan pusat data — CGSI

LocalBusiness & Finance
20 Aug 2026 • 11:50 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

IJM berada di kedudukan strategik catat peningkatan kerja pembinaan pusat data — CGSI Image from: IJM berada di kedudukan strategik catat peningkatan kerja pembinaan pusat data — CGSI amree20/08/2026 - 11:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 20 OgosIJM Corporation Berhad dilihat berada pada kedudukan strategik untuk meraih banyak manfaat luas daripada pengembangan pelbagai kerja pembinaan pusat data (DC) di Malaysia.

 

Menurut analisis CGS International (CGSI), potensi tersebut dapat disaksikan khususnya di wilayah tengah Semenanjung Malaysia, tanpa terjejas disebabkan isu kelewatan penganugerahan projek baharu.

 

Ujar firma penyelidikan itu, menerusi kapasiti baharu yang dikenali sebagai Industrial Concrete Products (ICP), kumpulan tidak perlu berdepan dengan risiko berlaku peningkatan kos bahan mentah.

 

"Kilang baharu ICP di Bestari Jaya, Selangor, beroperasi sejak Jun 2026, hadir tepat masa memenuhi permintaan kukuh terhadap projek DC selain mewujudkan sinergi perniagaan pembinaan IJM," katanya.

 

Ujar CGSI, kompleks cerucuk automatik terbesar di ASEAN dan menggunakan teknologi Industri 4.0 serta automasi bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja sehingga 40% kepada 110 orang.

 

Usaha ini berpotensi menghasilkan penjimatan kos RM3 juta setahun, manakala sistem solar fotovolta (PV) di atas bumbung kilang itu pula mampu menjana penjimatan tenaga hingga RM1.1 juta setahun.

 

IJM_DagangNews2026

 

Dengan kilang baharu itu, kapasiti pengeluaran ICP kini meningkat kepada 2.2 juta tan setahun dan penawaran produk serta pasaran eksport ICP turut berkembang susulan peningkatan kapasiti tersebut.

 

"ICP yang dimiliki sepenuhnya oleh IJM berkemungkinan tidak akan digabungkan ke dalam penyenaraian perniagaan pembinaan IJM yang disasarkan kumpulan berkenaan pada akhir CY27F," jelas CGSI lagi.

 

Kemudahan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) SMART ICP namun dijangka terus memberi sinergi kepada perniagaan pembinaan tanpa menjejaskan pulangan atas ekuiti (ROE), kerana bersifat intensif aset.

 

Bahagian industri IJM yang sebahagian besar terdiri ICP, menjadi komponen penting pembinaan DC kerana membolehkan projek disiapkan pantas bagi memenuhi keperluan syarikat teknologi gergasi.

 

Kedudukan kilang juga dianggap strategik untuk memanfaatkan perkembangan DC di wilayah tengah, yang kini menunjukkan permintaan pesanan sangat kukuh, selain berpotensi menjadi aset penting.

 

"Justeru, kami mengekalkan saranan 'tambah' terhadap IJM dan menaikkan harga sasaran (TP) kepada RM3.42 setelah melihat potensi penilaian semula saham melalui penjanaan nilai aset," katanya.

 

Bagaimanapun, CGSI mengingatkan amaran mengenai risiko utama termasuk penganugerahan projek yang lebih perlahan serta peningkatan kos bahan mentah tidak dijangka. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved