IJM Construction raih kontrak RM1.23 bilion bina kemudahan pembuatan di Kulim

LocalBusiness & Finance
12 Oct 2026 • 6:34 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

IJM Construction raih kontrak RM1.23 bilion bina kemudahan pembuatan di Kulim Image from: IJM Construction raih kontrak RM1.23 bilion bina kemudahan pembuatan di Kulim sarah12/10/2026 - 18:34 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 12 Okt - IJM Construction Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh IJM Corporation Bhd, menerima surat anugerah daripada AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn Bhd bagi projek pembinaan kemudahan pembuatan di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah.

 

Dalam makluma kepada Bursa Malaysia, kontrak bernilai kira-kira RM1.23 bilion itu merangkumi kerja reka bentuk dan pembinaan kemudahan pengeluaran empat tingkat, bangunan utiliti pusat tiga tingkat serta kemudahan rawatan air sisa setingkat.

 

Projek berkenaan dijadualkan bermula pada suku keempat 2026 dan dijangka siap dalam tempoh 14 bulan dari tarikh permulaan kerja.

 

IJM Corporation berkata, projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan kumpulan mulai tahun kewangan berakhir 2027.

 

Syarikat itu turut memaklumkan bahawa tiada pengarah, pemegang saham utama atau individu yang mempunyai hubungan dengan mereka mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam projek berkenaan. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved