
KUALA LUMPUR: Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 disifatkan sebagai ucapan seorang bakal Perdana Menteri dan kerajaan yang bakal dibentuk.
Demikian pandangan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan ucapan berkenaan jelas dalam memperincikan hala tuju Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
“Ini merupakan ucapan seorang bakal Perdana Menteri dan sebuah kerajaan yang bakal dibentuk,” kata Khairy kepada pemberita selepas ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO 2026, di sini.
Dalam ucapannya, Ahmad Zahid menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti berpandangan jauh yang mempunyai visi jangka panjang untuk Malaysia, bukannya parti yang sekadar mahu bertahan daripada satu pilihan raya ke satu pilihan raya.
Beliau turut menggesa Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan secepat mungkin, dengan menyifatkan sudah tiba masanya BN mendapatkan mandat baharu untuk menerajui negara.
Ahmad Zahid juga memberi jaminan bahawa institusi kehakiman dan institusi negara tidak akan dijadikan alat politik sekiranya BN kembali menerajui Putrajaya.-UTUSAN
The post ‘Ini ucapan bakal Perdana Menteri’ appeared first on Utusan Malaysia.






