Ismail Sabri Akan Didakwa Di IJN, Berhubung Kes Perisytiharan Harta RM 170 Juta

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 10:18 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 08 07T101309.480

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal dihadapkan ke pertuduhan di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ekoran situasi berkenaan, prosiding terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dijalankan di IJN yang diisytiharkan sebagai Mahkamah Sesyen bagi membolehkan pertuduhan dibacakan.

Artikel berkaitan: Mantan PM Datuk Seri Ismail Sabri Lulus Viva PhD Pada Usia 65 Tahun

Artikel berkaitan: Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta, SPRM Sita Wang Tunai RM170 Juta & Jongkong Emas 16kg

Pengesahan mengenai perkara itu dibuat oleh peguam beliau, Ragunath Kesavan sewaktu dihubungi pihak media sebentar tadi.

“Ya beliau sekarang di IJN. Timbalan Pendakwa Raya akan memohon pengakuan direkodkan di sana,” katanya.

Walau bagaimanapun, semua pihak yang terlibat perlu hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terlebih dahulu untuk mengemukakan permohonan rasmi bagi memindahkan prosiding pendakwaan ke IJN.

355806

Kes yang dihadapi oleh Ismail Sabri dipercayai mempunyai kaitan dengan isu perisytiharan harta. Sebelum ini, beliau telah dipanggil beberapa kali oleh SPRM bagi membantu siasatan dan merakam kenyataan berhubung perkara tersebut.

Dalam siasatan berkaitan kes rasuah serta pengubahan wang haram yang melibatkan beliau, pihak SPRM dilaporkan telah merampas wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing. Selain itu, menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta.

Rampasan berkenaan dilakukan hasil penggeledahan di premis kediaman dan pejabat yang dipercayai difungsikan sebagai ‘rumah selamat’, susulan penahanan empat pegawai kanan Ismail Sabri pada Februari 2025.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved