JF Apex unjur hasil Johor Plantations meningkat 22.4% kepada RM2.22 bilion pada 2027

LocalBusiness & Finance
17 Nov 2026 • 2:47 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

JF Apex unjur hasil Johor Plantations meningkat 22.4% kepada RM2.22 bilion pada 2027 Image from: JF Apex unjur hasil Johor Plantations meningkat 22.4% kepada RM2.22 bilion pada 2027 sarah17/11/2026 - 14:47 ompleks Minyak Sawit Lestari Bersepadu (ISPOC) yang dibina oleh Johor Plantations Group Berhad Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 17 Nov - Hasil Johor Plantations Group Bhd (JPG) dijangka meningkat 22.4% kepada RM2.22 bilion pada 2027 berbanding anggaran RM1.82 bilion tahun ini, disokong pemulihan pengeluaran minyak sawit dan sumbangan lebih besar daripada Kompleks Minyak Sawit Mampan Bersepadu (iSPOC).

 

Menurut JF Apex Securities, prospek pertumbuhan JPG pada tahun depan turut disokong jangkaan pengeluaran tandan buah segar (BTS) sekitar satu juta tan, selain operasi iSPOC yang dijadualkan bermula pada suku pertama 2027.

 

Firma penyelidikan itu turut mengunjurkan keuntungan bersih teras JPG meningkat 23.5% kepada RM355.1 juta pada 2027 berbanding RM287.5 juta yang dianggarkan bagi 2026, mencerminkan potensi pemulihan prestasi kumpulan selepas berdepan tekanan kos pengeluaran tahun ini.

 

Dalam nota penyelidikan bertarikh 13 November 2026, JF Apex Securities berkata, sumbangan keuntungan daripada iSPOC masih minimum ketika ini tetapi dijangka meningkat dengan lebih ketara sepanjang 2027 apabila kompleks itu mula beroperasi.

 

Pengeluaran sawit dijangka pulih

JF Apex Securities berkata, JPG menyasarkan pengeluaran BTS sekitar satu juta tan pada 2027, dengan mengambil kira kemungkinan kesan fenomena El Niño terhadap pengeluaran sawit.

 

Bagi sembilan bulan pertama 2026, pengeluaran BTS kumpulan menyusut 11.8% kepada 712,829 tan berbanding 808,622 tan dalam tempoh sama tahun lalu, manakala pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) berkurang 3.7% kepada 220,856 tan.

 

Bagaimanapun, pengeluaran BTS pada suku ketiga 2026 melonjak 35.6% kepada 292,352 tan berbanding suku sebelumnya, sekali gus membantu mengurangkan kos pengeluaran MSM seunit sebanyak 9.4% kepada RM2,526 setan.

 

Firma itu turut menjangkakan harga jualan purata MSM JPG berada sekitar RM4,400 hingga RM4,500 setan pada suku keempat 2026, dengan permintaan biodiesel dan kemungkinan gangguan bekalan akibat El Niño berpotensi menyokong harga komoditi berkenaan.

 

iSPOC dijangka tingkatkan sumbangan pendapatan

Sementara itu, JPG telah membelanjakan RM219 juta bagi pembangunan iSPOC dalam tempoh sembilan bulan pertama 2026, menjadikan jumlah perbelanjaan modal terkumpul projek berkenaan sebanyak RM434.2 juta.

 

Dari segi keputusan kewangan, keuntungan bersih teras JPG bagi suku ketiga berakhir 30 September 2026 meningkat 96% kepada RM110.8 juta berbanding RM56.5 juta pada suku sebelumnya, manakala hasil bertambah 8.4% kepada RM450.7 juta.

 

Namun, bagi sembilan bulan pertama 2026, keuntungan bersih teras JPG merosot 18.8% kepada RM219.9 juta berbanding RM270.7 juta setahun sebelumnya, susulan peningkatan kos penuaian, pengangkutan dan penyelenggaraan ladang.

 

Sehubungan itu, JF Apex Securities mengekalkan saranan ‘beli’ terhadap saham JPG dengan harga sasaran RM2.15 sesaham, berdasarkan jangkaan pemulihan keuntungan, pengeluaran sawit yang lebih kukuh serta peningkatan sumbangan iSPOC pada 2027.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved