Jualan kenderaan susut 2.5% kepada 69,609 unit bagi September 2026 disebabkan pengguna 'tunggu' Belanjawan 2027 - MAA

LocalCars
19 Oct 2026 • 12:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Jualan kenderaan susut 2.5% kepada 69,609 unit bagi September 2026 disebabkan pengguna 'tunggu' Belanjawan 2027 - MAA Image from: Jualan kenderaan susut 2.5% kepada 69,609 unit bagi September 2026 disebabkan pengguna 'tunggu' Belanjawan 2027 - MAA amree19/10/2026 - 12:00 Gambar DagangNews.com / Mohd Naim Firdaus Aziz Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 19 Okt — Jualan kenderaan baharu turun 2.5% kepada 69,609 unit pada September 2026 berbanding 71,428 unit yang direkodkan pada Ogos 2026, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

 

Kemerosotan permintaan secara bulanan itu ujarnya, disebabkan pengguna lebih mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 9 Oktober 2026.

 

Bagaimanapun, ia meningkat 19% berbanding tempoh sama tahun lalu, didorong oleh jualan kenderaan penumpang yang melonjak 21.5% kepada 64,835 unit berbanding 53,352 unit pada September 2025.

 

Sebaliknya tambah MAA, jualan kenderaan komersial pula adalah merosot kira-kira 7.1% kepada hanya 4,774 unit daripada sebanyak 5,138 unit dalam tempoh yang sama dicatatkan bagi tahun sebelumnya.

 

"Bagi tempoh Januari hingga September 2026, jumlah keseluruhan volum industri (TIV) meningkat 4% kepada 602,633 unit berbanding 579,336 unit bagi tempoh sama tahun lalu," jelas badan tersebut.

 

Dalam tempoh sembilan bulan itu, jualan kenderaan penumpang meningkat kira-kira 5% kepada 564,919 unit, manakala jualan kenderaan komersial susut 13% kepada hanya sebanyak 37,714 unit.

 

sektor automotif_DagangNews2026

 

Dari segi pengeluaran kata MAA, jumlah kenderaan yang dikeluarkan di Malaysia meningkat 10% kepada 64,482 unit pada September 2026 berbanding 58,413 unit direkodkan setahun sebelumnya.

 

Ujarnya, pengeluaran kenderaan penumpang meningkat kira-kira 12% kepada sebanyak 61,134 unit, manakala pengeluaran kenderaan komersial pula menurun 9% kepada 3,348 unit.

 

"Secara kumulatif, pengeluaran kenderaan bagi tempoh Januari hingga September 2026 meningkat 2% kepada 562,207 unit berbanding 552,129 unit dalam tempoh sama tahun lalu," katanya.

 

MAA seterusnya menjangkakan jualan kenderaan akan meningkat pada Oktober 2026, disokong oleh promosi hujung tahun yang berpotensi merangsang minat pembelian pengguna di negara ini.

 

Secara keseluruhan, prestasi jualan bagi sembilan bulan pertama 2026 kekal positif, meskipun jualan bulanan pada September menunjukkan sedikit penyusutan berbanding Ogos ketika pengguna mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman Belanjawan 2027. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved