Kai Le pecahkan rekod SUKMA berusia 26 tahun

17 Aug 2026 • 3:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kai Le pecahkan rekod SUKMA berusia 26 tahun

SERDANG: Atlet olahraga Johor, Chai Kai Le mencipta sensasi apabila meleburkan rekod temasya berusia 26 tahun dalam acara rejam lembing lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.

Atlet berusia 18 tahun itu melakukan rejaman sejauh 64.44 meter (m) untuk memenangi pingat emas sekali gus mengatasi rekod temasya yang dilakukan Kho Mei Kuan dari Sarawak dengan catatan 62.33m yang dilakukan pada SUKMA 2000 di Pulau Pinang.

Pingat perak menjadi milik wakil Pulau Pinang, Tan Chun Wei yang merekodkan 60.43m, manakala atlet Johor, Mohd Noor Iman Norman membawa pulang gangsa selepas melakukan rejaman sejauh 59.04m. – UTUSAN

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved