Kejohanan Dunia: Kai Wun cirit-birit, Aaron-Wooi Yik ke suku akhir

20 Aug 2026 • 9:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kejohanan Dunia: Kai Wun cirit-birit, Aaron-Wooi Yik ke suku akhir

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memastikan kemaraan ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Dunia di New Delhi, India selepas mendapat kemenangan percuma ke atas rakan sepasukan, Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Ia gara-gara keputusan gandingan No.11 dunia itu untuk menarik diri daripada beraksi di pusingan ketiga selepas Kai Wun mengalami cirit-birit seperti dimaklumkan Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan, Rexy Mainaky.

Justeru, ia membuka ruang kepada Aaron-Wooi Yik untuk terus menggalas cabaran pada kejohanan berprestij itu, sekali gus mencerahkan peluang mengulangi pencapaian 2022 di mana mereka muncul juara dunia.

“Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan lapan terbaik selepas mendapat kemenangan percuma susulan Kai Wun yang menarik kerana masalah kesihatan,” kata Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi status di laman X.

Menjelang aksi suku akhir nanti, Aaron-Wooi Yik yang kembali bergandingan di Kejohanan Dunia akan menantikan pemenang perlawanan antara beregu China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi dan Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dari Denmark.

Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik menjadi wakil Malaysia pertama memenangi Kejohanan Dunia pada edisi 2022 di Tokyo, Jepun selepas menewaskan pasangan legenda Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14 di perlawanan akhir. – KOSMO! ONLINE

The post Kejohanan Dunia: Kai Wun cirit-birit, Aaron-Wooi Yik ke suku akhir appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved