Kelewatan pelaksanaan projek jadi cabaran HE Group pertahan pertumbuhan kontrak baharu - Maybank IB

Business & Finance
4 Aug 2026 • 11:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kelewatan pelaksanaan projek jadi cabaran HE Group pertahan pertumbuhan kontrak baharu - Maybank IB Image from: Kelewatan pelaksanaan projek jadi cabaran HE Group pertahan pertumbuhan kontrak baharu - Maybank IB amree04/08/2026 - 11:00 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Masalah kelewatan pelaksanaan projek pengembangan pelanggan dilihat menjadi cabaran utama HE Group Berhad dalam mengekalkan momentum pertumbuhan kontrak baharu.

 

Bagaimanapun menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB), kumpulan berkenaan dijangka terus mencatatkan prestasi kewangan yang lebih kukuh disokong kemajuan pelbagai projek pusat data (DC).

 

Firma itu berkata, walaupun terdapat risiko kelewatan, permintaan berterusan daripada industri DC serta jangkaan peningkatan aktiviti tender sektor semikonduktor pula akan menyokong pertumbuhan.

 

"Justeru, kami mengekalkan saranan 'beli' terhadap saham HE Group dengan menaikkan harga sasaran (TP) kepada 70 sen daripada 65 sen selepas menyemak naik unjuran untung hingga FY28 iaitu 25%," katanya.

 

Ujar Maybank IB, keputusan kewangan suku kedua 2026 dijangka lebih baik, dipacu kemajuan kontrak sistem pengagihan kuasa bernilai RM56.6 juta bagi sebuah projek DC di Cyberjaya, Selangor yang hampir siap.

 

Tambahnya, buku tempahan kumpulan dianggarkan RM280 juta sebelum pengiktirafan hasil suku kedua, manakala syarikat terus aktif membida projek baharu bagi memastikan aliran kerja yang kekal mampan.

 

HE Group_DagangNews2026

 

Setakat tahun ini (YTD), HE Group memperoleh kontrak baharu kira-kira RM230 juta, termasuk beberapa projek berskala kecil, dan pihak pengurusan menyasarkan nilai mencecah RM350 juta sepanjang FY26.

 

"Kami namun mengekalkan unjuran konservatif RM300 juta bagi kontrak baharu FY26 dengan diambil kira kemungkinan kelewatan dalam pelaksanaan rancangan pengembangan oleh pelanggan," kata Maybank IB.

 

Menurutnya lagi, buku tender semasa bernilai RM1 bilion masih didominasi projek DC yang merangkumi sekitar 80%, manakala selebihnya melibatkan projek semikonduktor dan sektor perindustrian lain.

 

Pada masa sama, HE Group merancang jumlah pekerja daripada 120 kepada 150 orang sebagai persediaan menghadapi pelaksanaan projek semikonduktor baharu di wilayah utara menjelang separuh pertama 2027.

 

Sehubungan itu setelah diambil kira prospek yang baik dalam sektor DC dan semikonduktor, Maybank IB meningkatkan andaian penambahan kontrak baharu bagi FY27 dan FY28 kepada RM250 juta setahun.

 

"Selain itu, kami berpandangan kumpulan ini berada pada kedudukan yang kukuh untuk mengekalkan pertumbuhan pendapatan dalam jangka sederhana," jelas firma penyelidikan tersebut. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved