Kemaskini Windows 11 26H1 Adalah Untuk Komputer Yang Dikuasakan Cip ARM Sahaja

TechnologyDigital
12 Feb 2026 • 10:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft bakal memperkenalkan kemaskini sistem operasi Windows 11 26H1 untuk umum tidak lama lagi, dan baru-baru ini telah memperkenalkannya untuk pengguna dalam program Windows Insider mereka.

Butiran baru mengenai kemaskini ini telah diperlihatkan, dimana ia hanyalah untuk komputer yang dikuasakan oleh cip pemprosesan ARM dan platform Windows-on-Arm sahaja. Perbezaan dari penamaan ini juga dilihat adalah untuk membezakan kemaskini Windows 11 versi x64 (25H2) dan juga Arm.

image is not available

Dari segi butiran kemaskini pula, ia dilihat bahawa kedua-dua kemaskini akan lebih memfokuskan terhadap penambahbaikan sekuriti dan juga kestabilan sistem operasi dan bukan penambahan ciri-ciri baru berbanding beberapa kemaskini sistem operasi sebelum ini, yang dilihat telah menambahkan beberapa isu penggunaan kepada pengguna yang mengemaskini kepada versi terbaru sistem operasi tersebut.

Seperti yang dikatakan, kemaskini Windows 11 26H1 ini sedang diuji terlebih dahulu melalui program Windows Insider, dan akan diperkenalkan secara umum apabila ia sedia kelak.