“Kenapa ramai lembut-lembut” – Ojen Aiwah Terguris Hati Dikutuk Tareq Fit Tanpa Sebab

13 Feb 2026 • 3:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Persengketaan antara personaliti media sosial, Ojen Aiwah dan TikToker Tareq Fit dilihat masih belum menemui garisan penamat apabila mereka didakwa saling berbalas kenyataan menerusi platform media sosial Threads.

Ia bermula apabila Ojen bersama rakan-rakan pempengaruh lain berpeluang untuk menikmati juadah di Rembayung dan ia dikongsikan oleh Khairul Aming. Pemilik restoran Rembayung itu juga kelihatan teruja dengan kehadiran mereka dan juadah yang mereka tempah.

Bagaimanapun, Tareq Fit yang cukup lantang dalam menzahirkan pendapatnya di media sosial ini telah tampil memberikan respon dengan mempersoalkan mengapa ramai lelaki lembut dalam foto yang dimuat naik oleh Khairul Aming itu.

image is not available

Terpanggil dengan respon sebegitu, Ojen Aiwah tampil memberikan respon menerusi Threads miliknya. Dia mempersoalkan apa salahnya jika seseorang lelaki itu dilahirkan dengan sifat lembut.

Lebih menyedihkan, Ojen memberitahu dia telah meminta maaf kepada ibunya kerana dilahirkan dengan perwatakan sebegitu.

 

View on Threads

 

Sebagai rekod, Ojen Aiwah sebelum difahamkan telah memfailkan tindakan undang-undang berkenaan dengan kenyataan Tareq Fit yang dianggap menjatuhkan reputasi perniagaannya.

Namun begitu, Tareq Fit memberi respon bahawa dirinya tidak gentar dengan tindakan saman yang dikemukakan oleh Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahza Bin Mohd Rosli itu.

Sumber : Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.