Kisah Lovely Sabana dapat perhatian UPSI, bantuan diselaras

18 Aug 2026 • 9:12 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Lovely Sabana Augustine bakal melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Kisah bakal pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Lovely Sabana Augustine yang tular di media sosial baru-baru ini akhirnya mendapat perhatian pihak universiti yang tampil menyelaras bantuan bagi memenuhi keperluan pengajiannya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof Dr Norkhalid Salimin berkata, semakan mendapati Lovely sememangnya bakal pelajar universiti itu dan berasal daripada keluarga berpendapatan rendah.

Menurutnya, Lovely sudah membuat persediaan untuk mendaftar dan mempunyai RM1,500 bagi menampung bayaran berkaitan pendaftaran serta pengajian.

“Keperluan utama yang dikenal pasti ialah komputer riba bagi menyokong pembelajaran dan pelaksanaan tugasan akademik,” katanya.

Norkhalid berkata, pihak universiti turut dimaklumkan terdapat individu yang bersedia menyumbangkan sebuah komputer riba kepada Lovely sebelum beliau mendaftar. UPSI juga akan menyelaras bantuan yang bersesuaian menerusi Yayasan Perkasa Siswa bagi membantu keperluan awal pengajiannya.

Katanya, Lovely turut dipertimbangkan sebagai calon Program Sulong, antara inisiatif UPSI untuk memberi sokongan kepada pelajar yang memerlukan, khususnya bagi membantu mereka meneruskan pengajian dengan lebih baik.

Beliau berkata, UPSI akan terus memantau kebajikan Lovely, termasuk selepas beliau mendaftar dan memulakan pengajian, bagi memastikan kekangan kewangan tidak menjejaskan peluangnya mendapatkan pendidikan tinggi.

Lovely, lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), menerima tawaran mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian di UPSI pada 15 Ogos lalu dan dijadualkan mendaftar pada 12 September ini. Dia menetap bersama ibunya, Mek Kenui, di Tumpat, Kelantan, manakala bapanya yang juga bekas anggota tentera meninggal dunia pada 2017.

Baca juga:

Sementara itu, abang kepada Lovely Sabana menzahirkan penghargaan buat semua pihak yang telah membantu adiknya untuk mengejar cita-cita sebagai seorang pendidik.

“Sumbangan yang telah diberikan kepada adik saya telah melebihi dari yang diperlukan. Oleh itu, segala sumbangn yang diberikan akan diguna pakai adik saya dengan sebaik mungkin semasa pengajian di sana selama 4 tahun (8 semester).

“Terima kasih juga kepada semua rakyat Malaysia terutamanya Sabahan dan Kelantanese yang telah banyak berjasa dalam urusan adik saya ini. Maka, segala sumbangan yang lain dapat disalurkan pada rakyat Malaysia yang lebih memerlukan dalam meneruskan kehidupan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

The post Kisah Lovely Sabana dapat perhatian UPSI, bantuan diselaras appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved