Lee Teck Yuen dilantik sebagai Pengerusi baharu IJM Corp mulai 27 Ogos 2026

LocalBusiness & Finance
27 Aug 2026 • 11:01 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Lee Teck Yuen dilantik sebagai Pengerusi baharu IJM Corp mulai 27 Ogos 2026 Image from: Lee Teck Yuen dilantik sebagai Pengerusi baharu IJM Corp mulai 27 Ogos 2026 hamden27/08/2026 - 11:01

KUALA LUMPUR 27 Ogos - IJM Corporation Bhd mengumumkan pelantikan semula pengarah bukan eksekutifnya, Datuk Lee Teck Yuen, sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif baharu kumpulan itu, berkuat kuasa 27 Ogos 2026.

 

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, gergasi pembinaan dan infrastruktur itu berkata Lee menyertai Lembaga Pengarah IJM pada 30 Mei 2007 sebagai pengarah bukan eksekutif.

 

 

 

 

 

 

“Beliau kemudiannya dilantik semula sebagai pengarah kanan bebas bukan eksekutif pada 9 November 2012 sebelum ditetapkan semula sebagai pengarah bukan eksekutif pada 1 Jun 2022. Beliau mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam perniagaan hartanah di peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya.

 

Lee, yang menggantikan Tan Sri Krishnan Tan, memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kejuruteraan Awam dan Pentadbiran Perniagaan daripada University of Leeds, United Kingdom.

 

 

 

 

 

 

Pada 29 Julai lalu, Krishnan mengumumkan bahawa beliau akan berundur selepas lebih empat dekad bersama kumpulan itu apabila tidak akan menawarkan diri untuk dipilih semula pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) syarikat pada 27 Ogos.

 

“Saya meninggalkan kumpulan ini dengan keyakinan bahawa ia berada pada kedudukan yang baik untuk melangkah ke fasa pertumbuhan seterusnya, dan saya mendoakan IJM terus mencapai kejayaan dalam dekad-dekad mendatang,” katanya dalam Laporan Tahunan Bersepadu IJM 2026. - BERNAMA

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved