Lelaki pukul warga emas guna batang besi direman tujuh hari

24 Aug 2026 • 11:14 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki pukul warga emas guna batang besi direman tujuh hari

GEORGE TOWN : Seorang lelaki tempatan direman tujuh hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan berhubung kes pukul membabitkan seorang warga emas dengan menggunakan sebatang besi di Jalan Perak, di sini, semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurhanisah S.H. Sahul Hamid bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi semalam, suspek yang berusia 62 tahun dipercayai telah memukul mangsa yang berusia 80 tahun dengan menggunakan sebatang besi ketika mangsa sedang berada di hadapan rumahnya.

Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian tangan dan kaki serta terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Siasatan awal polis mendapati, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang tinggal berjiran.-UTUSAN

 

The post Lelaki pukul warga emas guna batang besi direman tujuh hari appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved