Remaja lemas Sungai Kelantan: Pencarian masih diteruskan

12 Aug 2026 • 8:04 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Remaja lemas Sungai Kelantan: Pencarian masih diteruskan

Operasi mencari dan menyelamat di Sungai Kelantan libatkan bomba, polis dan penduduk kampung susulan insiden dua remaja lemas.

KUALA KRAI: Ibu kepada Mohd Rayyan Hakimi Mohd Yusmiza yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Aur Duri, di sini, berkata remaja itu seharusnya memasuki asrama selepas 31 Ogos.

Norhasmiza Kamaruddin, 39, berkata Mohd Rayyan Hakimi, 14, anak kedua daripada tiga beradik itu akan berpindah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra 1 ke SMK Kuala Krai dan tinggal di asrama bagi memudahkan urusan persekolahan.

“Tak sangka perkara ini berlaku.

Dia sangat akrab dengan seorang lagi mangsa kerana berkawan sejak tadika.

Saya berharap sangat anak ditemukan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Norhasmiza berkata anaknya ada memaklumkan untuk ke situ bersama-sama rakan, namun tidak menyangka Mohd Rayyan Hakimi turut mandi sungai.

Wanita itu berkata dimaklumkan mengenai kejadian oleh bomba pada 6.45 petang semalam dan bergegas ke lokasi tersebut.

Norhasmiza berkata anaknya yang sentiasa memeluk dirinya setiap pagi sebelum ke sekolah juga kelihatan ceria seperti biasa semalam.

“Minggu lepas dia kurang selera makan serta mengadu penat.

Saya lihat dia lebih suka berjauhan dan kadang-kadang menolak bila diajak duduk berdekatan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati ahli keluarga, rakan mangsa dan penduduk kampung berkumpul di lokasi pencarian bagi mengikuti operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan pasukan bomba, polis, bomba sukarela serta penduduk setempat.

Operasi juga melibatkan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) yang melakukan selaman selain pencarian di permukaan melibatkan lima bot milik bomba, polis serta penduduk tempatan bagi pencarian sejauh kira-kira tiga kilometer.

Dalam kejadian pada 6.39 petang semalam, Mohd Rayyan Hakimi dan rakannya Luth Naiman Mohd Noraziron, 14, dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai itu.

Mayat Luth Naiman ditemukan anggota PPDA pada 9.10 pagi tadi kira-kira 100 meter dari lokasi mereka dilaporkan lemas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved