Madu Atau Racun: Kita ‘kolot’ atau pembikin terlajak berani

LocalMovie
6 Sep 2026 • 8:40 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Madu Atau Racun: Kita ‘kolot’ atau pembikin terlajak berani

KETIKA ini, banyak sangat yang bersuara mengenai jalan cerita drama Madu Atau Racun lakonan Aliff Aziz, Uqasha Senrose dan Elisya Sandha.

Mana tidaknya, drama tersebut mengetengahkan mesej mengenai pasangan lesbian yang menjadi madu dan visual sebegitu jarang dipertonton dalam mana-mana naskhah tanah air.

Diva sempat tengok beberapa episod, memang agak ‘daring’ juga babak cinta antara Uqasha dan Elisya tetapi itu berjaya membuktikan mereka adalah pelakon hebat. Menjiwai betul nampaknya Elisya membawakan watak sebegitu. Boleh dikatakan juga, rasanya itulah lakonan terbaik Elisya sejak bergelar pelakon selama ini.

amai juga mempersoalkan mengenai keberanian pengarah kerana menghasilkan drama tersebut. Diva tertanya-tanya juga, adakah kita ini kolot sangat sampai tak boleh tengok benda-benda begitu, lagi pun drama berkenaan disiarkan dalam platform penstriman digital, bukan saluran televisya konvensional. Ada juga yang tertanya-tanya, adakah penonton kita yang tidak terbuka atau pembikin zaman ini terlebih berani?

Sebetulnya, ini bukan soal kolot, terbuka, terlajak berani atau tidak, ini soal konteks naskhah berkenaan adakaha naskhah Melayu, diarahkan wanita Melayu Islam dan dilakonkan wanita Islam yang rata-ratanya ditonton orang Melayu, orang Islam. Diva rasa kalau naskhah berkenaan dibikin pengarah bangsa lain, dilakonkan pelakon bangsa lain, Siam atau Filipina contohnya, pasti tiada kekecohan dibangkitkan.

Begitulah pendapat ’20 sen’ Diva, apa pun, kepada penggiat seni semua, berhati-hatilah dalam berani menjadi kreatif. Nak bermain kreativiti kena terlebih bijak membuat jangkaan. Sensasi ada bagusnya, panas namun ada mesej pun ada baiknya, namun jangan sampai mengelirukan anak bangsa sendiri.

DIVA: Terkejut bila Meerqeen dan Nadhir Nasar terkait dengan dakwaan ‘pulaukan’ Siti Khadijah sebelum ini.

The post Madu Atau Racun: Kita ‘kolot’ atau pembikin terlajak berani appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved